Friday 4 October 2013

::PERKEMBANGAN KESENIAN::

PERKEMBANGAN KESENIAN
  • Bermula dari tingkat kesenian yang paling sederhana.
  • Berkembang mengikuti perubahan zaman dan berdasarkan kurun waktu.
  • Di bidang seni rupa - sejak zaman prasejarah hingga sekarang.
  • Karya seni yang dapat dikelompokkan :-
      • Seni primitif.
      • Seni klasik.
      • Seni tradisional.
      • Seni moden.
      • Seni kontemporari.

  • Seni Primitif
    • Berkembang pada zaman prasejarah.
    • Tahap kehidupan manusia sangat sederhana dan merupakan ciri utama sehingga manusianya disebut orang primitif.
    • Di bidang kesenian - karya seni yang dihasilkan sangat sederhana, namun memiliki nilai tinggi sebagai ungkapan ekspresi mereka.
    • Peninggalan karya seni yang dihasilkan
      • lukisan binatang buruan.
      • lukisan cap-cap tangan.
      • hiasan-hiasan pada alat-alat perburuan.
    • Karya seni yang dihasilkan merupakan ekspresi perasaan mereka terhadap dunia misterius atau alam ghaib.
    • Ciri-ciri lain dari seni premitif
      • Garisannya spontan.   
      • Tanpa perspektif.
      • Warna-warnanya terbatas.

  Seni Klasik
       Kesenian klasik merupakan puncak perkembangan kesenian.
       Kriteria-kriteria seni klasik :
   Kesenian yang telah mencapai puncak (tidak dapat berkembang lagi).
   Merupakan standarisasi dari zaman sebelum dan sesudahnya.
   Telah berusia lebih dari setengah abad.
       Karya-karya seni klasik dijumpai
   Bangunan-bangunan kuno Nusantara pada zaman Hindu-Budha
   Bangunan-bangunan kuno di Yunani dan Romawi.

  Seni Tradisional
       Tradisi ertinya turun temurun atau kebiasaan.
       Seni tradisional bererti suatu kesenian yang dihasilkan secara turun-temurun.
       Seni tradisi bersifat statis, tidak ada unsur kreatif sebagai ciptaan baru.
       Contohnya
   Lukisan gaya Kamasan Klungkung.        
   Seni wayang kulit.
   Seni batik.
   Seni tenunan. 





  Seni Moden
       Seni moden merupakan kesenian yang menghasilkan karya-karya baru.
       Seni moden tidak terikat oleh ruang dan waktu.
       Contoh karya-karya seni moden
   Lukisan karya Van Gogh.
   Patung karya G. Sidharta.

  Seni Kontemperori
       Kontemperori bererti sekarang atau masa kini.
       Karya-karya seni kontemperori muncul di Eropah dan Amerika.
       Kini, seni kontemporer telah berkembang di negara yang memiliki gagasan yang unik.

  FUNGSI KESENIAN
       Meningkatkan nilai-nilai baik dan murni.
       Pengantar komunikasi rasa yang merata.
       Menilai tingkat peradaban manusia.
       Pengikat rasa masyarakat.
       Penglipur lara.
       Menunjang martabat bangsa.
       Memancarkan daya intelektual.





  JENIS KESENIAN
       Seni :
   halus, tipis, enak didengar, karya yang diciptakan dengan bakat.
       Kesenian :
   Perihal seni yang berkaitan dengan seni dan keindahan.
       Kesenian atau seni boleh dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu :
   Seni Suara
   Seni Gerak
   Seni Rupa
   Permainan Tradisional

       Seni Suara
   Dalam seni suara kesenian Melayu dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
  Seni vokal.
  Seni muzik.
  Seni Gerak
   Seni gerak mengandungi segala gerakan tubuh badan yang mempunyai unsur – unsur keindahan.
   Seni gerak orang melayu dapat dibahagikan kepada dua :
  Seni tari.
  Seni drama.
       Seni Rupa
   Seni rupa merupakan ciptaan yang mengandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang Melayu.
   Jenis-jenis seni rupa :
  Seni ukir.
  Seni kraftangan.
  Seni tembikar.
  Seni anyaman.
  Tekatan.
  Seni tenunan.
  Seni batik.
  Seni tembaga.
  Seni bina.

       Permainan Rakyat
   Dikenali  sebagai pemainan masa lapang atau sukan rakyat termasuk dalam kategori "folk games".
   Fungsi permainan rakyat :
  Sebagai alat hiburan
  Sebagai alat komunikasi di kalangan anggota masyarakat.
   Permainan masa lapang  terbahagi dua:
  Permainan untuk orang dewasa
  Permainan untuk kanak-kanak.




No comments:

Post a Comment