Monday 22 April 2013

::Gerko Bola Baling:


 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BOLA BALING

Permainan bola baling (handball) berasal dari Eropah. Permainan ini merupakan satu permainan yang telah diubahsuai daripada permainan-permainan yang asal seperti Czeska Hasenka di Czechoslovakia, Handbold di Denmark dan Korball serta Raffbold di Jerman. Semasa Perang Dunia Pertama, permainan ii melibatkan tujuh orang pemain dalam satu pasukan dikenali sebagai Torball. Pada tahun 1917, bilangan pemain dalam pertandingan ini diubah menjadi 11 orang sepasukan dan dimainkan di padang bola sepak. Orang yang memperkenalkan permainan ini di Jerman ialah Heizer dan permainan ini mula disebut sebagai handball. Pihak Rusia mengatakan bahawa permainan ini (7 orang pemain sepasukan) adalah dimajukan oleh Edward Maly pada 1909 di Kharkov.

Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menyelaraskan undang-undang permainan ini. Pada tahun 1928 Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan di Amsterdam dan Avery Brudge yang kemudiannya merupakan Residen Majlis Olimpik Antarabangsa (OIC) menjadi ahli piagam kesatuan yang baru ditubuhkan itu. Bilangan ahli kesatuan itu bertambah daripada 11 buah negara pada tahun 1928 kepada 23 buah negara pada tahun 1936 apabila bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan dalam Sukan Olimpik di Berlin. Enam buah negara telah mengambil bahagian dalam sukan itu dan negara Jerman telah memenangi pingat emas. Pada  tahun 1938, Jerman sekali lagi menjadi johan dalam Kejohanan Bola Baling Sedunia di mana 10 buah negara telah mengambil bahagian.

Pada tahun 1946, kesatuan yang lama itu telah digantikan dengan sebuah pertubuhan baru, iaitu Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan tersebutmasih menerajui sukan ini. Kesatuan ini menggalakkan permainan menggunakan tujuh orang pemain sepasukan yang boleh dimainkan di padang atau di gelanggang. Seperti permainan bola keranjang. Perubahan dan perkembangan kemudiannya menjadikan permainan bola baling ini sejenis permainan yang menonjol dan menarik.

Kejohanan Bola Baling Sedunia telah diadakan pada tahun 1954 dan Sweden telah muncul sebagai johan. Pada tahun 1957, Czechoslovakia telah memenangi Kejohanan Bola Baling Sedunia bagi bahagian wanita. Pada tahun 1956, undang-undang permainan ini telah diubahsuai supaya membentuk undang-undang yang lebih lengkap dan sebahagian besarnya masih digunakan pada hari ini.

Pada tahun 1972, permainan bola baling sekali lagi dipertandingkan dalam Sukan Olimpik di Munich., setelah diketepikan dalam beberapa Sukan Olimpik sebelumnya. Selepas itu, permainan bola baling dipertandingkan pada tiap-tiap kali Sukan Olimpik. Di peringkat antarabangsa, pasukan-pasukan yang menguasai permainan ini adalah Jerman, Yugoslavia,Rusia, Romania, Czechoslovakia, Hungary dan Poland. Di peringkat Asia pula,Jepun, China dan Korea adalah tiga buah negara yang terhandal di mana pasukan wanita Korea Selatan telah memenangi pingat emas dan pasukan lelakinya telah memenangi pingat perak dalam Sukan Olimpik 1988.

Sehingga hari ini, terdapat lebih daripada 68 buah negara, lebih daripada 200,000 pasukan dan lebih daripada tiga juta pemain telah berdaftar dengan IHF. Kesatuan Bola Baling Asia pula telah ditubuhkan pada tahun 1974 semasa sukan Asia di Teheran. Ibu pejabat kesatuan itu adalah Kuwait.


PERKEMBANGAN BOLA BALING DI MALAYSIA
Permainan bola baling boleh dianggap sebagai satu permainan baru di Malaysia.ia mula diperkenalkan pada tahun 1976 oleh En. Lim Hock Han, ketika itu bertugas sebagai Pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor dan kemudiannya di Universiti Malaya kepada sekumpulan guru dan pelajar dari negeri Selangor. Satu jawatankuasa kerja bola baling yang dipengerusikan oleh En. Cheah Hai Su dari Unit Pendidikan Jasmani dan Sukan, Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1978. Sejak itu, kursus-kursus dalam aspek pengenalan permainan, pengadilan dan kejurulatihan bola baling untuk guru-guru telah dijalankan dengan tujuan supaya permainan ini dapat dikembangkan dan dipopularkan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah.
Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor  dan Wilayah Persekutuan yang pertama bagi lelaki dan wanita telah diadakan pada 2 Jun 1982. Sebanyak 12 pasukan dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pahang dan Universiti Malaya telah mengambil bahagian.
Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan telah secara rasminya didaftarkan pada 11 September 1982. Persekutuan Bola Baling Malaysia pula secara rasminya didaftarkan pada tahun 1985 dan En. Cheah Hai Su telah dipilih sebagai Presiden yang pertama, En. Lian Chin Nam sebagai Naib Presiden, En. Kan Tong Leong sebagai Setiausaha Agung dan En. Ahmad Omar sebagai Bendahari Kehormat.


3.0 SISTEM PERTANDINGAN
Permainan Bola Baling merupakan sejenis permainan berpasukan yang melibatkan 14 orang pemain dengan tujuh orang sepasukan. Kebiasaanya sesuatu pasukan mengandungi 12 orang pemain termasuk lima orang pemain simpanan. Daripada tujuh orang pemain, seorang akan menjadi penjaga manakala yang lain menjadi pemain padang. Bola baling boleh dimainkan oleh lelaki dan perempuan dari pelbagai peringkat umur. Sesuatu perlawanan bola baling diadili oleh dua orang pengadil.

MEMULAKAN PERMAINAN
Sesuatu pertandingan hanya boleh dimulakan apabila sekurang-kurangnya lima orang pemain dari kedua-dua pasukan berada di padang.sekiranya bilangan kurang daripada lima mak pertandingan terpaksa ditangguhkan atau dibatalkan.
Ketua pasukan kedua-dua kumpulan akan dipanggil oleh pengadil untuk membuat pengundian bagi menentukan pasukan mankah yang akan memulakan pertandingan.ketua pasukan yang memenangi undian secara lambungan duit syiling berhaksama ada membuat lontaran mula atau memilih salah sebelah kawasan permainan. Lontaran mula mesti dilakukan dalam tempoh tiga saat dari tengah-tengah gelanggang  setelah pengadil meniupkan wisel.
Semasa pertandingan dimulakan, setiap pemain hendaklah berada di kawasan gelanggang  atau padang sendiri dan pemain dari pasukan lawan hendaklah berada sekurang-kurangnya 3 meter dari pemain yang membuat lontaran sehingga bola dilepaskan dari tangannya.

TEMPOH PERMAINAN
Bola baling dimainkan dalam dua tempoh permainan. Tempoh permainannya adalah seperti berikut :-
1.    Untuk lelaki dan perempuan  dewasa atau mereka yang berumur lebih daripada 18 tahun, tempoh permainan adalah 30 minit tiap-tiap satu tempoh atau separuh masa dengan 10 minit masa diberikan antara dua tempoh tersebut. Ssebarabg masa gangguan atau masa kecederaan akan ditambah selepas setiap tempoh berakhir.
2.    Untuk lelaki dan perempuan dari peringkat umur atau kategori lain, tempoh permainan adalah 20 minit tiap-tiap separuh masa dengan tiap-tiap separuh masa permainan dengan 10 minit masa rehat diberikan antara kedua-dua tempoh.
3.    Untuk pertandingan peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah  Malaysia (MSSM), tempoh permainan ialah ;
Ø  Secara liga, 10 minit diberikanuntuk tiap-tiap separuh masa tanpa masa rehat.
Ø  Secara kalah mati, 20 minit diberikan untuk tiap-tiap separuh masa dengan 10 minit masa rehat diberikan antara kedua-dua tempoh tersebut.
Kedua-dua pasukan akan menukar kawasan permainan semasa separuh masa kedua permainan bermula. Permainan akan berakhir dengan kemenangan dan kekalahan kepada salah satu pasukan ataupun seri. Jika peraturan permainan memerlukan satu pasukan sebagai pemenang, dan jika permainan berakhir dengan seri, maka masa tambahan selama lima minit tiap-tiap separuh masa tanpa rehat diberikan. Permainan dalam masa tambahan ini dimulakan dengan undian sekali lagi, iaitu dengan lambungan duit syiling oleh pengadil. Jika keputusan masih lagi seri, tambahan masa seperti yang dinyatakan diberikan setelah lima minit masa rehat yang diberikan kepada kedua-dua pasukan. Jika keputusan masih lagi seri, undang-undang pertandingan boleh diamalkan dan biasanya lontaran penalti diadakan untuk menentukan pasukan pemenang.

 4.0 UKURAN GELANGGANG

Kawasan Permainan ( padang / gelanggang )
v  Kawasan permainan adalah berbentuk segi empat bujur, panjangnya 40 meter di garisan tepi dan lebarnya 20 meter di garisan gol. Kawasan ini di bahagikan kepada dua kawasan gol dari garisan tengah.
v  Gol hendaklah didirikan di tengah-tengah garisan gol kedua-dua bahagian permainan. Gol mengandungi dua batang tiang tegak sama jarak dari dua penjuru kawasan permainan, 3 meter (10 kaki) jarak dan 2 meter (6 kaki) tinggi, disambung oleh sebatang palang empat persegi tepat 8cm x  8cm, (3 in x 3 in). Bahagian belakang tiang gol hendaklah selari dengan tepi garisan bahagian luar garisan gol. Tiang gol hendaklah diperbuat daripada kayu ayau bahan sintetik yang serupa dan di cat dewngan dua warna yang terang. Gol hendaklah dipasang jaring.
v  Kawasan gol mengandungi satu garisan selari jarak 6 meter dari gol  dan disambung dengan dua suku bulatan di kedua-dua hujung garisan selari dengan garisan gol.
v  Garisan balingan percuma adalah ditanda dengan garisan putus-putus berjarak 3 meter dari garisan kawasan gol. Garisan putus-putus dan jarak antaranya ialah 15 cm tiap-tiap satu.
v  Garisan penalti ditanda dengan satu garisan 1 meter panjang selari dengan jarak 7 meter dari tengah-tengah garisan gol.
v  Semua garisan hendaklah mudah dilihat dan berukuran 5 cm lebar.
v  Satu garisan 15 cm panjangnya dan selari dengan lapisan garisan gol, diukur 4 meter dari tengah garisan gol, dan terdapat di dalam kawasan gol, disebut garisan penjaga gol.
v  Dari garisan tepi, dua garisan 15cm panjang diukur kedalam kawasan permainan dan 4.5 meter dari garisan tengah. Kawasan ini ialah kawasan pemain keluar dan masuk., disebut kawasan pertukaran pemain.
  
Bola
v  Kawasan gol mengandungi satu garisan selari jarak 6 meter dari gol  dan disambung dengan dua suku bulatan di kedua-dua hujung garisan selari dengan garisan gol.
v  Garisan balingan percuma adalah ditanda dengan garisan putus-putus berjarak 3 meter dari garisan kawasan gol. Garisan putus-putus dan jarak antaranya ialah 15 cm tiap-tiap satu.
v  Garisan penalti ditanda dengan satu garisan 1 meter panjang selari dengan jarak 7 meter dari tengah-tengah garisan gol.
v  Semua garisan hendaklah mudah dilihat dan berukuran 5 cm lebar.
v  Satu garisan 15 cm panjangnya dan selari dengan lapisan garisan gol, diukur 4 meter dari tengah garisan gol, dan terdapat di dalam kawasan gol, disebut garisan penjaga gol.
v  Dari garisan tepi, dua garisan 15cm panjang diukur kedalam kawasan permainan dan 4.5 meter dari garisan tengah. Kawasan ini ialah kawasan pemain keluar dan masuk., disebut kawasan pertukaran pemain..


Gol
v  Hendaklah diletakkan di tengah-tengah garisan gol.
v  Gol mengandungi dua batang tiang tegak yang panjangnya 3 meter dan tingginya 2 meter dan disambung oleh sebatang palang empat persegi yang panjangnya 3.16meter.
v  Tiang gol hendaklah diperbuat daripada hanya kayu atau bahan sintetikyang serupa dan di cat dengan dua warna yang terang.
v  Penjuru pertemuan antara tiang gold an palang hendaklah dicat dengan warna yang sama dengan ukuran 28cm.
v  Di bahagian lain tiang gol dan palangnya, panjang warna yang sama adalah 20cm. Gol hendaklah dipasangkan dengan jaring.
v  Lebar kayu tiang gol dan palang adala 8cm.


5.0 PERATURAN PERMAINAN

KAWASAN PERMAINAN
1.    Kawasan permainan adalah berbentuk segi empat bujur, panjangnya 40 meter di garisan tepi dan lebarnya 20 meter di garisan gol. Kawasan ini di bahagikan kepada dua kawasan gol dari garisan tengah.
2.    Gol hendaklah didirikan di tengah-tengah garisan gol kedua-dua bahagian permainan. Gol mengandungi dua batang tiang tegak sama jarak dari dua penjuru kawasan permainan, 3 meter (10 kaki) jarak dan 2 meter (6 kaki) tinggi, disambung oleh sebatang palang empat persegi tepat 8cm x  8cm, (3 in x 3 in). Bahagian belakang tiang gol hendaklah selari dengan tepi garisan bahagian luar garisan gol. Tiang gol hendaklah diperbuat daripada kayu ayau bahan sintetik yang serupa dan di cat dewngan dua warna yang terang. Gol hendaklah dipasang jaring.
3.    Kawasan gol mengandungi satu garisan selari jarak 6 meter dari gol  dan disambung dengan dua suku bulatan di kedua-dua hujung garisan selari dengan garisan gol.
4.    Garisan balingan percuma adalah ditanda dengan garisan putus-putus berjarak 3 meter dari garisan kawasan gol. Garisan putus-putus dan jarak antaranya ialah 15 cm tiap-tiap satu.
5.    Garisan penalti ditanda dengan satu garisan 1 meter panjang selari dengan jarak 7 meter dari tengah-tengah garisan gol.
6.    Semua garisan hendaklah mudah dilihat dan berukuran 5 cm lebar.
7.    Satu garisan 15 cm panjangnya dan selari dengan lapisan garisan gol, diukur 4 meter dari tengah garisan gol, dan terdapat di dalam kawasan gol, disebut garisan penjaga gol.
8.    Dari garisan tepi, dua garisan 15cm panjang diukur kedalam kawasan permainan dan 4.5 meter dari garisan tengah. Kawasan ini ialah kawasan pemain keluar dan masuk., disebut kawasan pertukaran pemain.

BOLA
1.    Kawasan gol mengandungi satu garisan selari jarak 6 meter dari gol  dan disambung dengan dua suku bulatan di kedua-dua hujung garisan selari dengan garisan gol.
2.    Garisan balingan percuma adalah ditanda dengan garisan putus-putus berjarak 3 meter dari garisan kawasan gol. Garisan putus-putus dan jarak antaranya ialah 15 cm tiap-tiap satu.
3.    Garisan penalti ditanda dengan satu garisan 1 meter panjang selari dengan jarak 7 meter dari tengah-tengah garisan gol.
4.    Semua garisan hendaklah mudah dilihat dan berukuran 5 cm lebar.
5.    Satu garisan 15 cm panjangnya dan selari dengan lapisan garisan gol, diukur 4 meter dari tengah garisan gol, dan terdapat di dalam kawasan gol, disebut garisan penjaga gol.
6.    Dari garisan tepi, dua garisan 15cm panjang diukur kedalam kawasan permainan dan 4.5 meter dari garisan tengah. Kawasan ini ialah kawasan pemain keluar dan masuk., disebut kawasan pertukaran pemain.

PEMAIN-PEMAIN
1.    Satu pasukan biasanya mengandungi 12 orang pemain ( sepuluh orang pemain gelanggang dan dua orang penjaga gol ). Bilangan maksimum, iaitu tujuh orang pemain hendaklah berada di daalm gelanggang ( enam orang pemain gelanggang dan seorang penjaga gol). Lima orang pemain lain ialah pemain pengganti. Penjaga gol tidak dibenarkan beramain sebagai pemain gelanggang. Tetapi pemai-pemain gelanggang boleh mengambil tempat sebagai penjaga gol.
2.    Sekurang-kurangnya lima orang pemain dari sesebuah pasukan hendaklah berada di kawasan permainan pada permulaan perlawanan. Bilangan pemain boleh ditambah hingga ke tujuh orang, semasa perlawanan.
3.    Seseorang pemain dibenarkan memasuki gelanggang hanya dari tempat pengganti.
Tempat duduk pemain-pemain pengganti hendaklah berdekatan dengan meja penjaga masa. Pemain yang akan memasuki gelanggang hendaklah terlebih dahulu memberitahu penjaga masa dan pengadil.
4.    Jika seseorang didapati, dalam masa bermain, menyeberangi atau melangkah salah satu daripada garisan-garisan sempadan/kawasan, tetapi dengan serta- merta memasuki semula ke dalam gelanggang, maka ia tidak dianggap sebagai meninggalkan gelaanggang.
  
MASA PERMAINAN
Bola baling dimainkan dalam dua tempoh permainan. Tempoh permainannya adalah seperti berikut :-
4.    Untuk lelaki dan perempuan  dewasa atau mereka yang berumur lebih daripada 18 tahun, tempoh permainan adalah 30 minit tiap-tiap satu tempoh atau separuh masa dengan 10 minit masa diberikan antara dua tempoh tersebut. Ssebarabg masa gangguan atau masa kecederaan akan ditambah selepas setiap tempoh berakhir.
5.    Untuk lelaki dan perempuan dari peringkat umur atau kategori lain, tempoh permainan adalah 20 minit tiap-tiap separuh masa dengan tiap-tiap separuh masa permainan dengan 10 minit masa rehat diberikan antara kedua-dua tempoh.
6.    Di hadapan kedua-dua pasukan, pengadil akan membuat undian dengan melambung duit syiling dan pasukan menang berhak memilih sama ada kawasan permainan atau memulakan permainan.
7.    Apabila pengadil telah memulakan permainan dengan meniup wisel, balingan mula (balingan percuma) hendaklah dilakukan dalam tempoh tiga saat dari tengah-tengah gelanggang.
8.    Semasa pertandingan dimulakan, setiap pemain hendaklah berada di kawasan gelanggang  atau padang sendiri dan pemain dari pasukan lawan hendaklah berada sekurang-kurangnya 3 meter dari pemain yang membuat lontaran sehingga bola dilepaskan dari tangannya.
9.    Sesudah rehat, kedua-dua pasukan bertukar kawasan dan permainan dimulakan oleh seorang pemain dari pasukan yang menentang di awal permainan (separuh masa pertama).
10. Tambahan masa akan diganti untuk masa-masa yang hilang dan ini ditentukan oleh pengadil. Pengadil akan memberitahu penjaga masa pengadil kedua dan kedua-dua ketua pasukan tentang tambahan masa.
11. Jika perlawanan berkeputusan seri, maka 5 minit masa rehat akan diberikan sebelum tambahan dua separuh masa. Pengadil akan melambung duit syiling untuk menentukan pasukan sama ada memilih kawasan atau memulakan permainan.
12. Hanya pemain-pemain dalam pasukan dibenarkan bermain dalam pertandingan tambahan masa.


MEMAINKAN BOLA
  •       i.        Pemain dibenarkan menahan, menangkap, membaling, melantun atau memukul bola  dengan apa cara sahaja  dengan tangan (sama ada genggam atau tapak tangan), lengan, kepala, paha dan lutut.
  •     ii.        Pemain dibenarkan menyimpan bola selama 3 saat maksimum termasuk ketika bola di atas tanah.
  •    iii.        Pemain dibenarkan mengambil 3 langkah maksimum sewaktu memegang bola.
  •    iv.        Pemain dibenarkan (a) melantun bola sekali dan menangkapnya semula dengan satu atau dua belah tangan sama ada semasa berlari atau berdiri ; (b) menangkap, melantun dan menangkap bola itu semula apabila terkena pemain lain sama ada telah terekna pemain lain atau tiang gol ; (c) berulang kali melantun bola dengan tangan sama ada semasa berlari atau berdiri.
  • Seorang pemain boleh melakukan seberapa banyak langkah ketika melantun dan menangkap bola semula. Pemain juga di benarkan menggolek bola  berulang kali di tanah dengan sebelah tangan.
  •     v.        Pemain dibenarkan membuat hantaran dari tangan ke tangan dengan syarat tindakannya itu tidak terggangu oleh perbuatan lain.
  •    vi.        Pemain dibenarkan Manahan bola dengan satu atau dua belah tangan kemudian menangkapnya tanpa bergerak.
  •   vii.        Pemain dibenarkan menahan bola dengan keadaan berlutut, duduk, atau berbaring di tanah.
  • viii.        Pemaian dibenarkan menepis bola sekali kea rah tanah dan menyambutnya balik dengan satu atau dua tangan.
  •    ix.        Pemain tidak dibenarkan menyentuh bola lebih daraipada sekali kecuali bola telah terkena tanah, pemain atau kedua-duanya.
  •     x.        Pemain tidak dibenarkan mengenakan bola dengan bahagian kaki di bawah lutut atau dengan kaki.
  •    xi.        Pemain tidak dibenarkan menjatuhkan diri untuk menangkap bola yang sedang menggolek atau terletak di tanah, kecuali penjaga gol di kawasannya sendiri.
  •   xii.        Pemain tidak diberikan sengaja melintas garisan tepi atau garisan gol di luar gol dengan bola.
  • xiii.        Permainan tidak terganggu jika bola terkena pengadil.
  • xiv.        Pasukan yang menyimpan bola dibenarkan mengambil sebarang langkah untuk menyeberang atau mencuba menjaringkan gol.


MENENTANG LAWAN
Adalah dibenarkan:
1.    Menggunakan tangan dan lengan untuk mendapatkan bola.
2.    Untuk memainkan bola daripada pihak pihak lawan dari semua arah hendaklah menggunakan tapak tangan.
3.    Menghalang pihak lawan dengan badan.
Adalah tidak dibenarkan:
1.    Sama ada sebelah atau kedua-dua tangan meragut atau memukul bola dari tangan pihak lawan.
2.    Menghalang pihak lawan dengan lengan, tangan atau kaki tanpa bola.
3.    Memegang pihak lawan dengan sebelah atau dua tangan dan memukul, menolak, membentes atau menjatuhkan diri dengan lawan atau mengancamnya dengan apa jua cara sekalipun.
4.    Memaksa pihak lawan memasuki kawasan gol.
5.    Membaling bola dengan sengaja kepada pihak lawan atau mengacah bola dengan keadaan merbahaya.
6.    Untuk kesalahan-kesalahan berat dalam peraturan-peraturan 4-8, dilakukan dalam kawasan lawan, dan untuk kesalahan dalam peraturan-peraturan 4-7, dilakukan di mana-mana sahaja baik dalam gelanggang, dengan peluang menjaring gol baik dimusnahkan, maka balingan penalti akan di beri.
7.    Jika seorang pemain jatuh dengan keadaan bola terperangkap di bawah badannya, ini akan melambatkan permainan, pengadil hendaklah memberhentikan permainan dan memulakan dengan balingan pengadil, kecuali menghukum salah satu daripada pasukan itu.
8.    Tindakan yang membahayakan penjaga gol juga tidak dibenarkan.


6.0 POSISI PERMAINAN
Posisi pemain boleh dibahagikan kepada dua iaitu posisi semasa serangan dan posisi semasa pertahanan.
POSISI SEMASA SERANGAN
Keadaan pasukan yang bertahan banyak menentukan formula dan sistem menyerang dalam permainan bola baling.
Posisi pemain


Pemain sayap

Pertahanan belakang

Penyerang
Sayap kiri ( SKr)
Sayap kanan (SKn)
Pertahanan belakang kiri (PBKr)
Pertahanan belakang tengah (PBT)
Pertahan belakang kanan (PBKn)
Penyerang kiri (PKr)
Penyerang tengah (PT)
Penyerang kanan (PKn)





Peringkat Permainan Menyerang
Terdapat tiga peringkat permainan menyerang iaitu:
a)    Serangan kilat ( fast break)
b)    Sistem menyerang (attack)
c)    Teknik permainan ( set pieces) 


POSISI SEMASA PERTAHANAN
Posisi pemain

Pemain sayap


Bek tengah


Pertahanan belakang


penyerang
Sayap kiri (SKr)
Sayap kanan (SKn)

Bek tengah kiri (BTKr)
Bek tengah kanan (BTKn)

Pertahanan belakang kiri (PBKr)
Pertahanan belakang tengah (PBT)
Pertahanan belakang kanan ( PBKn)

Penyerang kiri (PKr)
Penyerang tengah ( PT)
Penyerang kanan (PKn)

Sunday 14 April 2013

::LARAS BAHASA BAHASA MELAYU::


SOALAN TUGASAN
 Anda dikehendaki mengaji dan mendapatkan maklumat berkaitan perkara-perkara berikut:
  •       i.        Definisi Laras Bahasa
  •     ii.        Ciri-ciri Laras Bahasa
  •    iii.        Jenis-jenis Laras Bahasa berserta contoh petikan



Definisi Laras Bahasa
Umumnya dapat diterangkan sebagai cara penggunaan sesuatu bahasa. Asmah Hj.Omar (1984), berpendapat bahawa laras bahasa ialah khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya.

Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Laras bahasa biasanya berubah-ubah mengikut situasi. Ciri-ciri laras yang penting ialah perbendaharaan kata, susunan ayat dan frasa yang digunakan. Sesuatu laras tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu. Daripada suatu segi, dapat dikatakan bahawa dengan memilih laras yang tidak sama untuk situasi-situasi yang berlainan, anggota masyarakat dapat menunjukkan bahawa mereka sedar akan situasi-situasi sosial yang berlainan yang wujud di sekitar mereka.


Ure dan Ellis (1977) menganggap laras sebagai ‘jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan’.

Sementara Hill dalam satu makalahnya Institutional Linguistics(1958) mengesorkan klasifikasi laras mengikut matra gaya, genre, dan cara iaitu style, genre, dan mode. Joos pula (1962) melihat laras bahasa dari dimensi formaliti telah menegaskan gaya dengan membahagikan dengan lima jenis bahagian iaitu beku, formal, rundingan, selamba, dan intim dalam tulisannya The Five Clocks.




Halliday (1968) pula mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi. Beliau melihat laras dari tiga dimensi iaitu :-
§      tajuk wacana
§      cara penyampaian
§      gaya penyampaian.
Tiga Dimensi Laras (Halliday)
Tajuk wacana
Merujuk kepada bidang yang diperkatakan seperti biologi, perubatan, sukan, pendidikan, matematik dan sebagainya.
Bidang-bidang ini menentukan kosa kata dan istilah serta jenis ayat dan ragam ayat yang digunakan.
Jika wacana merupakan wacana ilmiah, maka ragam ayat pasif banyak digunakan untuk memberikn fokus kepada perkara yang dibincangkan.
Sebaliknya, jika wacana merupakan ulasan selari perlawanan bola sepak , ragam ayat aktif dengan ayat tunggal yang pendek-pendek banyak digunakan supaya sesuai dengan tempo perlawanan bola sepak berkenaan.

Cara penyampaian
Sama ada wacana berkenaan disampaiakn secara lisan atau tulisan.
Jika lisan, sama ada ia merupakan wacana syarahan atau ucapan, perbahasan dan khutbah atau doa.
Jika tulisan sama ada ia esei, laporan, surat rasmi atau surat peribadi, memorandum atau iklan.
Gaya penyampaian
Mengimbangi sama ada suatu ucapan berkenaan disampaikan dalam situasi formal atau tak formal.
Misalnya, ucapan, adakah ucapan itu disampaiakn dalam majlis yang formal yang dihadiri oleh orang-orang kenamaan atau dif-dif.


Laras bahasa merupakan satu konvensi sosial. Sesuatu laras tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu. Seseorang pengguna bahasa menggunakan laras yang berbeza-beza bagi situasi yang berlainan, mengikut kesesuaiannya. Pilihan laras amat luas, misalnya laras apabila bercakap dengan rakan sepejabat tentang hal-hal pekerjaan; laras dengan majikan; laras dalam suasana rumah tangga, misalnya antara suami isteri, dengan anak-anak, dengan mertua dan dengan sanak saudara; laras sewaktu menulis laporan atau minit mesyuarat; dan laras sewaktu tawar-menawar di pasar. Jumlah laras seseorang itu menggambarkan keseluruhan pengalaman bahasanya dan peranan yang dimainkan olehnya dalam masyarakat.





Ciri-ciri Laras Bahasa
Ferguson (1968) sewaktu membincangkan ciri-ciri bahasa yang telah maju, mengatakan bahawa salah satu ukuran untuk menentukan taraf kemajuan ialah menerusi jumlah laras yang wujud dalam bahasa berkenaan.
Laras bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan laras khusus.
*      Laras biasa ialah laras khusus yang digunakan untuk masyarakat umum seperti bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuan dan penerangan (syarahan, rencana), maklumat dan pemujukan (rencana, iklan).
Ø  Tidak melibatkan bidang tertentu, mudah difahami, tiada istilah teknikal, kurang kata pinjaman.
Ø  Gaya ayat sederhana, ringkas dan padat.
Ø  Struktur ayat mudah, contohnya: Di larang memijak rumput.
Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal.
Laras Bahasa Biasa
Formal/Rasmi
Tak Formal
Digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan sebagainya.
Berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat yang diucapkan sama ada pengguguran subjek, predikat, objek.

*      Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku).
Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khusus ialah:
v  kosa kata
v  tatabahasa
v  gaya
Perbezaan antara laras bahasa biasa dan laras bahasa khusus :
Golongan laras
Bidang
Situasi
Contoh Bahan
Biasa
Hiburan
Pengetahuan
Maklumat
Upacara/.Majlis
Khalayak Umum
Berita, laporan. iklan, surat peribadi
Ucapan syarahan
Acara majlis umum
Doa, khutbah
Khusus
Doa-khutbah
Teknikal
Ilmiah
Khalayak Umum
Acara majlis rasmi
Rencana, ekonomi, undang-unang, fizik, kimia, dan lain-lain.
Tesis, rencana matematik, biologi, Fizik, Kimiz, Lukisan Kejuruteraan dan sebagainya.


ASPEK AYAT
Ayat Aktif dan Ayat Pasif.

Dari segi makna tidak ada perbezaan yang ketara antara ayat berbentuk aktif dengan ayat pasif. Perbezaannya cuma terletak pada penekanan yang diberikan. Contohnya:

1. Pemburu itu telah menembak rusa jantan.
Dalam ayat tersebut yang diberi penekanan ialah subjek ayat, iaitu pemburu itu. Jikalau ayat ini dipasifkan objek asal iaitu rusa jantan dikedepankan dan diberikan penekanan.
           
a: Rusa jantan telah ditembak oleh pemburu itu.

Manakala apabila frasa yang menyatakan objek pelaku dianggap tidak penting langsung dan digugurkan iaitu frasa pemburu itu. 

b: Rusa jantan telah ditembak.
Dalam ketiga-tiga ayat ini, susunan subjek dan predikatnya dan unsur penguguran bahagian tertentu membawa penekanan yang berbeza kepada laras.

Aspek keformalan bahasa juga dapat dilihat melalui pilihan antara ayat aktif dengan ayat pasif. Ayat pasif biasanya digunakan dalam laporan. Contohnya:

Kajian itu telah dijalankan selama enam bulan. Salah satu dapatan kajian itu adalah bahawa gejala itu tidak dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.

Selain itu, bagi menunjukkan dengan lebih jelas penekanan yang berbeza yang dihasikan melalui susunan ayat ialah:

a)    Mereka ke Melaka minggu lalu
b)    Minggu lalu mereka ke Melaka
c)    Ke Melaka mereka minggu lalu


Ayat Pendek dan Ayat Panjang
Kepanjangan ayat juga merupakan satu ciri linguistik yang membezakan  laras. Ayat dibawah memperlihatkan susunan ayat majmuk gabungan yang terdiri daripada rentetan ayat-ayat tunggal pendek. Contohnya:

Kata sahibul hikayat, maka tersebutlah perkataan Kampar, Maharaja Jaya nama rajanya, Pekan Tua nama negerinya, asalnya daripada Raja Minangkabau; tiada ia menyembah ke Melaka.

Manakala ayat-ayat panjang yang menjadi kegemaran sebahagian penulis pada masa kini. Contohnya:

Kerajaaan disarankan menubuhkan Kelab Perpaduan di semua sekolah tahun depan, dalam usaha merapatkan hubungan antara pelbagai kaum di kalangan pelajar yang bakal menjadi pemimpin Negara.
                                                           (Berita Harian, 26 Disember 2000)

Dalam contoh ini, binaan ayat agak panjang yang terdiri daripada ayat induk dengan pelbagai bentuk perluasan disamping ayat kecil.




Manakala contoh kedua terdiri daripada ayat majmuk yang berbentuk ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan relatif dan keterangan. Contohnya:

Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan dengan matlamat untuk menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan serta meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang perniagaan masih belum dapat dicapai sepenuhnya.

Jenis-jenis Laras Bahasa Berserta Contoh
.
 1.Laras Biasa

Laras ini merupakan penggunaan bahas yang tidak membabitkan sebarang bidang ilmu atau konteks khusus. Ia biasanya digunakan dalam perbualan seharian. Oleh itu, laras biasa tidak mengandungi istilah atau pola yang khusus.

Contoh : Hai Mat ! Nak ke mana tu? Tak singgah dulu?

2.Laras Bahasa Perniagaan

v  Biasanya digunakan dalam dunia korporat, khususnya bidang
perusahaan, perindustrian, perakaunan, perbankan, perniagaan dan
perdagangan.
ContohBank Simpanan Nasional (BSN) mencatatkan prestasi di luar
               jangkaan apabila mengaut keuntungan sebelum cukai bagi
               setengah tahun pertama, lebih RM70 juta dan mengatasi
                       keuntungan sebanyak RM 47.754 juta bagi tahun lalu

v  Laras jenis ini kebiasaanya digunakan untuk mengiklankan  jenama barangan yang ingin dijual. Gaya bahasa yang digunakan biasanya memujuk pendengar supaya membeli barangan menerusi cara penyampaian yang menarik sekali.
v  Ayat yang digunakan pendek-pendek dan tidak gramatis.
v  Mempengaruhi penguna untuk membentuk tanggapan tertentu , atau mengubah sikap dan melakukan tindakan.
v  Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong pula oleh gambar, lukisan, grafik, ilustrasi dansebagainya.
v  Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:

(a) Slogan: Kami Ada Cara
(b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa
(c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y
(D) Perisytiharan: Waja dengan Aksesori Lengkap
(e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu
(f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan.
(g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama
(h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai
(i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z.

3.Laras Bahasa Akademik
Laras akademik boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian berdasarkan bidang ilmu yang diperkatakan. Antaranaya laras sains, laras ekonomi, laras sastera dan sebagainya. Laras ini kemudiannya terbahagi pula kepada beberapa sub-bidang yang terdapat dalam sesuatu bidang akademik. Misalnya, dalam bidang sains, terdapat laras kimia, biologi dan fizik.

Dalam bidang akademik, laras yang digunakan mudah dikesan dengan kehadiran istilah-istilah teknikal dan khusus yang berkaitan dengan bidang berkenaan.

Contoh  dalam bidang ekonomi : Perubahan dalam pola guna tenaga merupakan gejala yang umum dalam proses pembangunan ekonomi. Lebihan buruh daripada sektor pertanian yang mempunyai daya pengeluaran marginal yang rendah semakin ramai diserap ke dalam sektor industri yang mempunyai daya pengeluaran yang tinggi.


Contoh laras sains dalam bidang biologiSel-sel kelenjar kolon merembeskan mukus yang berfungsi dalam melicinkan pergerakan kandungan kolon ke arah rektum. Tidak terdapat enzim yang dirembeskan di bahagian kolon. Cecair yang dirembeskan bersifat alkali.
 Contoh laras bahasa sains dalam bidang geokimia : Sejauh mana pencarian OH atau H20 pada permukaan bergantung pada pH, seperti yang ditunjukkan dalam rajah 8.11 dan seperti yang diramalkan daripada persamaan 8.21.

4.Laras Bahasa Undang-Undang
Merupakan salah satu daripada laras ilmiah yang terdapat dalam bahasa Melayu sejak zaman dahulu lagi. Bagaimanapun, pada hari ini, laras undang-undang lebih bersifat moden dan banyak menggunakan istilah teknikal.

Contoh : Defenden membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju dengan cadangan plainitif untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak relevan dengan perbicaraan berkenaan.
Contoh: Barangsiapa yang:-
            a)memberikan kepadanya dirinya sendiri @ menyiksa mana-mana orang lain bertentangan dengan peruntukan seksyen 14 dengan memberikan kepadanya dadah berbahaya yang ditetapkan di bahagian 3 dan 4 dari jadual pertama atau
b) dijumpai berada di mana-mana premis yang telah di khaskan atau di gunakan untuk mana-mana tujuan seperti yang telah di tetapkan dalam seksyen 13 supaya mana-mana dadah berbahaya tersebut boleh diberikan atau atu di hisap atau dengan kaedah lain olehnya adalah bersalah atas suatu kesalahan terahdap akta ini dan jika disabitkan hendaklah di denda tidak lebih dari lima ribu ringgit atau di kenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada 2 tahun.

5.Laras bahasa media
Laras media massa kurang mementingkan gaya atau nahu, khususnya penggunaan imbuhan dan kata hubung.
Berita sebagai satu wacana mempunyai struktur teks yang tersendiri, lain daripada struktur teks cereka, dan lain pula daripada struktur teks esei dan karya ilmiah.
Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu menurut cara yang paling mudah diterima sesuai dengan selera sebilangan besar pembaca akhbar.
Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baik ialah:
o   Pertama - bahasa yang digunakan mudah.
o   Kedua - gaya tulisan yang jelas dan
o   Ketiga - isi tulisan mestilah tepat. Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang ramai, maka bahasa akhbar haruslah sesuai dengan bahasa kegunaan orang ramai.
Bahasa yang digunakan bersahaja dan bersifat melaporkan sesuatu peristiwa yang berlaku. Bahasanya juga ringkas dan mengandungi berita yang maksimum untuk dipaparkan kepada pembaca dan penonton
 Contoh : Perak menjuarai kejohanan bola sepak Piala Malaysia 1998 selepas menewaskan Terengganu dengan jaringan tipis 1-0 di Stadium Nasional malam tadi.

Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klausa, menggunakan petikan, metafora, kiasan, istilah teknik, dan sebagainya haruslah dielakkan.
6.Laras Bahasa Sastera
Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif.
Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.
Beberapa ciri bahasa sastera:
a kreatif dan imaginatif: kabur mesej
b. mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata
c. puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasadan sebagainya.
d. menggunakan bahasa tersirat: perlambangan, kiasan, perbandingan, peribahasa, metafora, simile, personifikasi, ilusi, ambiguiti dan sebagainya.
e. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.
 Contoh : Apabila berbicara mengenai kesusasteraan, kita sebenarnya akan membincangkan beberapa aspek seperti tema, kronologi, mesej yang ingin disampaikan, watak dan perwatakan unsur termasuk personifikasi dan metafora.

Contoh  novel : Perkarangan tempat menunggu di Unit Kecemasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kelihatan lengang. Qasdina yang sudah hampir 15 minit tiba, sekadar menyepikan diri di deretan bangku-bangku kosong yang terdapat di situ. Air matanya sudah lama kering. Penantiannya bagaikan tiada jawapan.

7.Laras Bahasa Agama
Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab
Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab
Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.
Contoh (doa) : Wahai Tuhan kami,kami meminta daripada Engkau kesejahteraan dalam agama, kesihatan tubuh badan, keberkatan rezeki, keampunan sebelum mati, rahmat pada  kala mati, dan keampunan selepas mati. Wahai Tuhan kami, senangkanlah kami waktu menghadapi kematian dan lepaskan kami dari neraka dan anugerahi kami kemaafan pada waktu perkiraan.

8.Laras Bahasa Sukan
Berkaitan dengan aktiviti-aktiviti dan kegiatan sukan.

Contoh : Sistem liga merupakan satu-satunya format pertandingan yang paling digemari oleh pihak penganjur dan para peserta dalam permainan sukan berpasukan. Dalam sistem ini setiap pasukan akan bertemu seberapa banyak yang mungkin dengan pasukan yang lain bergantung kepada bilangan ahli kumpulan masing-masing.


9.Laras Bahasa Sains Komputer

Mengandungi istilah-istilah berkaitan dengan peranti komputer dan siber.

Contoh : Aktiviti penyelenggaraan komputer peribadi (PC) sering dianggap remeh, kerana sifatnya yang agak membosankan meskipun aktiviti ini penting. Seperti perkakasan, senggaraan secara berterusan juga perlu untuk perisian ,sisitem operasi 
(OS), program dan data.




PENUTUP
Laras bahasa merupakan suatu yang amat penting dalam kehidupan seharian kita. Jumlah laras sesuatu bahasa mencerminkan keadaan bahasa itu menjadi ukuran maju mundurnya sesuatu bangsa. Sebagai contoh perbandingan jumlah bahasa Melayu sebelum dan selepas merdeka, sudah dapat membuktikan bahawa bahasa Melayu telah mengalami perkembangan yang pesat. Bidang pengungkapan bahasa Melayu bertambah dengan banyaknya yang dahulunya diperkatakan dalam bahasa-bahasa lain khususnya bahasa Inggeris. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi Negara dan juga bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi.

Oleh itu, penutur bahasa Melayu haruslah mengenali laras-laras bahasa Melayu. Malah hendaklah tahu membezakan antara laras tersebut, ciri-ciri utama laras tertentu, terutama laras formal dan juga laras tidak formal. Maka, sudah tentu tidak mengalami masalah menggunakan laras sesuai dengan situasi. Ini amat penting bagi yang amat visible dari segi penggunaan bahasa seperti pemimipin yang terlibat dalam saluran media elektronik. Oleh itu amat penting bagi golongan ini menggunakan laras yang sesuai dalam bentuk yang sempurna.

Sebahagian laras merupakan laras baharu, oleh itu laras-laras itu haruslah dipelajari sebagai suatu kemahiran. Hal ini menghairankan banyak pihak terutamanya orang Melayu itu sendiri. Sesetengah orang Melayu berpendapat bahawa mereka tidak perlu lagi belajar perkara seperti ini.  Laras bahasa Melayu moden, terutama laras formal dan rasmi merupakan laras khusus yang tidak menjadi sebahagian kehidupan rasmi. Bahasa yang digunakan adalah bahasa tidak formal.

Supaya masyarakat benar-benar menguasai bahasa kebangsaan mereka sendiri, pembelajaran laras bahasa dalam bahasa Melayu haruslah dimulakan di bangku sekolah bukannya baru di institut pengajian tinggi.

1.    Kursus Komprehensif Fajar Bakti, BAHASA MELAYU STPM (Kertas 1 &2 ), Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 2002.
2.     Rohaniza Idris dan Nurul Farina Nazlan, m/s 26, Berita Harian, Ahad, 24.08.2008.
3.    http : www. Tutor.com.my/ stpm / laras bahasa. Htm
4.    longman Teks PRA-U STPM Bahasa Melayu Kertas 1, Goay Teck Chong, Choo Say Tee, Zainuddin Ahmad, PEARSON LONGMAN, 2007.
5.    Mohd Roji Abdullah, m/s 23, Berita Harian, 24 ogos 2008