Friday 4 October 2013

::KEBUDAYAAN::

KEBUDAYAAN

                DEFINISI
          Menurut kamus, kebudayaan didefinisikan sebagai satu cara kehidupan. Dalam bahasa Inggris, kebudayaan disebut culture, yang berasal dari kata Latin Colere, iaitu mengolah atau mengerjakan. Boleh diertikan  juga sebagai mengolah tanah atau bertani. Kata culture juga ada kala diterjemahkan sebagai "kultur" dalam bahasa Indonesia.

CIRI-CIRI KEBUDAYAAN
          Perkaitan antara wujudnya masyarakat dengan wujudnya kebudayaan. Kebudayaan tidak wujud sekiranya tidak ada masyarakat, kerana kebudayaan meliputi seluruh sistem dan aktiviti kehidupan sesuatu masyrakat.
          Kebudayaan bersifat dinamik.
           Kebudayaan yang diwarisi dan diperturunkan dari generasi ke generasi

ZAMAN MASYARAKAT MELAYU ANIMISME
          Amat sukar untuk dikaji kerana bukti dan kesannya hanya dapat dikesan berdasarkan kepada hasil sastera lisan.
          Perkembangan budaya zaman ini dilihat dari skop:
ü  Politik
ü  Integrasi masyarakat
ü  Pendidikan
ü  Adat istiadat

PANTANG LARANG DALAM MASYARAKAT MELAYU
          Perkataaan pantang membawa maksud tegahan daripada melakukan sesuatu kerana dipercayai akan membawa akibat yang buruk .
          Misalnya pantang membawa kanak-kanak keluar pada waktu senja kerana takut keteguran. Pada waktu itu dipercayai hantu syaitan sedang banyak berkeliaran.
          Perkataan larang juga memberi erti tegahan daripada melakukan sesuatu kerana kuatkuasa undang-undang atau peraturan, sama ada yang tertulis ataupun tidak.
          Contohnya, pada zaman dahulu rakyat tidak boleh bepakaian kuning kerana warna kuning dikhaskan untuk kerabat raja .

PERKEMBANGAN KEBUDAYAAN PADA ZAMAN PENGARUH HINDU
          Pengaruh Hindu kukuh dalam kalangan sistem kerajaan manakala kehidupan masyarakat umum hanyan dipengaruhi oleh aspek estetik yang terdapat di dalam agama Hindu itu sahaja .
          Sistem kerajaan memperlihatkan raja berfungsi sebagai penjelmaan dewa Hindu, unsur ini jelas terdapat dalam kalangan raja-raja Jawa.
          Antara adat istiadat dan urusan kehidupan masyarakat yang dipengaruhi pengaruh Hindu adalah seperti berikut :

Ø  PERKAHWINAN
ü  Adat merisik bagi pihak lelaki diwakilkan oleh ibu.
ü  Tujuannya adalah untuk memastikan gadis yang mahu dipinang belum berpunya dan pihak keluarga gadis bersetuju menerima pihak lelaki.
ü  Adat melamar -di mana pihak lelaki menghantar utusan secara rasmi  terdiri daripada keluarga dan orang kepercayaannya bagi menyampaikan hantaran tanda pertunangan antara dua pasangan yang biasanya sebentuk cincin yang disarung ke jari manis tangan kiri gadis itu.
ü  Sebelum dinikahkan , diadakan malam berinai.
ü  Paginya keesokkan harinya selepas diijabkabulkan, diadakan pula persandingan di atas pelamin .
ü  . Pengantin lelaki dan wanita akan ditepung tawar dan direnjis dengan air mawar.

Mandi Safar
          Mandi safar ini ialah upacar mandi beramai-ramai kerana manolak bala yang kerapkali berlaku di bulan safar.
          Upacara ini memang masih berlaku di Sungai Ganges dan Jumna, di Benares India.
          Amalan ini amat dihormati oleh orang Melayu terutamanya di Tanjung Keling, Melaka.
          Kini upacara ini digantikan dengan pesta kebudayaan yang diadakan di tempat yang sama di Melaka.


Perkembangan Kebudayaan Pada Zaman Pra-Islam
          Kebudayaan Melayu pra-Islam sedikit sebanyak masih tidak dapat lari daripada kepercayaan animisme yang wujud dalam kalangan nenek moyang mereka dahulu.
          Walau bagaimanapun, kedatangan Islam yang sampai ke Tanah Melayu telah menghapuskan kepercayaan lama.
          Namun tidak dapat dinafikan kepercayaan ini masih menebal biarpun sesudah muncul gerakan modenisme Islam

Kepercayaan Pada Nyawa atau Roh
          Dalam kepercayaan di Malaysia, terdapat istilah yang membawa pengertian yang sama dengan roh, iaitu nyawa.
          Istilah itu mula dikenali sebagai roh, iaitu satu istilah Arab setelah kedatangan Islam.
          Orang Melayu memepercayai bahawa roh orang yang telah mati akan kembali ke dunia dalam bentuk hantu dan menggangu manusia.
          Terdapat juga kepercayaan bahawa hubungan antara yang hidup dan si mati akan renggang jika tidak dipuja.
          Namun setelah kedatangan Islam, al-Quran dijadikan sumber rujukan pertama. Al-Quran menyatakan bahawa roh adalah urusan Alllah, manusia hanya diberi pengetahuan yang sedikit mengenai roh.

Sakti
          Sakti merupakan pemikiran orang Melayu yang mempercayai sesuatu perkara terjadi dengan bantuan kekuatan ghaib.
          Pemikiran ini sama dengan konsep ’mana’ dalam masyarakat Polinesia.
          Contohnya, jika seseorang itu mendapat untung ; maka keuntungan itu dipercayai diperoleh dengan bantuan azimat.
          Kepercayaan ini mendorong penggunaan tangkal antaranya tangkal bertujuan untuk kebal, murah rezeki, cantik dan pelbagai lagi.
          Dalam Islam, konsep berusaha diutamakan.
          Setelah itu berdoa dan bertawakal kepada Allah.
          Orang Islam dianjurkan beriman kepada qada’ dan qadar Allah sebagaimana tercatat dalam rukun iman.

Perkembangan Kebudayaan Pada Zaman Penjajahan
          Perkembangan kebudayaan pada zaman ini menjadi pencorak dan perintis dalam kebudayaan rakyat Malaysia pada hari ini.
          Pada abad ke-19, penaklukan ekonomi Semenanjung telah bermula.
          Modal mula mencurah masuk diikuti dengan kemasukan pekerja-pekerja lombong keturunan Cina.
          Pekembangan perusahan getah juga telah menyebabkan kemasukan kaum India untuk bekerja di estet-estet getah.
          Kemasukan kaum imigran ini membentuk masyarakat majmuk.
          Masyarakat majmuk didefinisikan sebagai masyarakat yang berbilang kaum.
          Semasa zaman penjajahan terdapat empat golongan masyarakat yang utama iaitu masyarakat elit, masyarakat Melayu, masyarakat Cina dan masyarakat India.

Masyarakat Elit
          Masyarakat ini majoritinya beragama Kristian yang terdiri daripada orang Inggeris, Nasrani, Cina, India dan Sri Lanka.
          Mereka diberi keutamaan dalam menjawat jawatan profesional seperti peguam, doktor dan lain-lain dan pergaulan mereka dengan golongan bangsawan.
          Kehidupan mereka seperti orang Barat, iaitu menggunakan pisau, garpu, dan sudu ketika makan.
          Di rumah pula mereka mengupah ramai pembantu yang terdiri daripada orang Melayu, India dan Cina (Hailam).
          Orang Melayu biasanya menjadi pemandu kereta mereka.

Masyarakat Cina
          Masyarakat Cina tinggal di bandar dan menjalankan perniagaan mengikut sistem Barat dan Cina.
          Unsur tradisi yang diwarisi daripada nenek moyang masih mereka amalkan terutamanya adat resam dan perayaan Gong Xi Fa Cai dan Yuan Xiao Jie.
          Dalam perayaan itu mereka mengembangkan kesenian tarian naga, singa dan opera Cina.
          Mereka mendirikan sekolah Cina dan kurikulumnya berdasarkan sistem pelajaran di negara China.
          Dari segi perkahwinan, mereka mengikut pilihan ibu dan diadakan secara tradisi.
          Golongan bawahan Cina terdiri daripada buruh-buruh di lombong dan penanam sayur.
          Pada pendapat mereka orang Melayu pemalas kerana tidak mahu mengusahakan tanah untuk bercucuk tanam.

Masyarakat India
          Masyarakat India pula bekerja di ladang getah dan kelapa sawit.
          Rutin harian mereka ialah menoreh getah seawal pagi kemudian menyerahkan susu getah ke pejabat atau ”depoh getah” dan pulang ke rumah.
          Petangnya mereka menam sayur dan menternak kambing dan lembu.
          Kegemaran mereka selepas bekerja ialah ”main kudu-kudu”, main terup dan minum todi.
          Terdapat juga sekolah didiriakn di ladang dan estet-estet yang mana bahasa pengantarnya ialah bahasa Tamil dan mata pelajaran bahasa Inggeris memang digalakkan.
          Ramai juga di antara mereka berniaga di ladang dan bandar.

Masyarakat Melayu
          Kehidupan orang Melayu di luar bandar dan mengamalkan sistem pertanian sara diri.
          Teknologi tradisi digunakan dalam pertanian seperti parang, cangkul, kuku kambing dan sebagainya.
          Ikan dapat diperolehi dari sawah padi dan di atas batas sawah itu ditanam sayuran.
          Waktu malam mereka beramai-ramai keluar menunaikan solat berjamaah di surau atau masjid berdekatan.
          Selepas itu mereka belajar agama, mengaji al-Quran, berzanji atau belajar marhaban.
          Ada juga yang belajar kompang dan seni mempertahankan diri orang Melayu iaitu silat.
          Orang Melayu juga terkenal dengan budi bahasa dan sopan santunnya di mana yang tua dihormati yang muda disayangi.

PERMAINAN TRADISIONAL
          Layang-layang
          Permainan layang-layang atau wau mengandungi unsur-unsur budaya Melayu asli terutama pada bentuk layang-layang atau wau itu sendiri.
          Di Malaysia lazimnya permainan layang-layang dilakukan selepas musim menuai padi atau pada masa nelayan tidak dapat pergi ke laut menangkap ikan.
          Antara jenis layang-layang ialah Layang-layang Baruk, Layang-layang Puyuh, Layang-layang Burung dan yang terkenal ialah Wau Bulan.

          Congkak
          Merupakan jenis permainan Anjung.
          Tujuan permainan ialah untuk mengumpul dan giliran menapak akhir.
          Bilangan pemain ialah seorang sepasukan.
          Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Papan congkak dan cakak.
          Gelanggangnya adalah sebuah papan congkak yang mengandungi sekampung 5, 7, 8 atau 9.

          Gasing
          Permainan gasing merupakan permainan untuk orang lelaki muda dan dewasa.
          Pada masa dahulu permainan gasing merupakan sejenis permainan yang mendapat perhatian umum dan ramai peminatnya.
          Di samping bermain sebagai riadah dan memenuhi masa lapang, permainan ini dimeriahkan melalui perlawanan antara pasukan di peringkat kampung, daerah dan negeri.




PERKAHWINAN TRADISIONAL
          Perkahwinan Tradisional Masyarakat Melayu
          Adat perkahwinan tradisional masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa proses.
          Antaranya ialah merisik atau meninjau; melamar; upacara peminangan; upacara menghantar tanda; hantaran belanja; menjemput; upacara nikah; berinai besar; hari persandingan; jemput menantu.

          Perkahwinan Tradisional Masyarakat Cina
          Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.
          Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari.

          Perkahwinan Tradisional Masyarakat India
          Di Malaysia majlis perkahwinan masyarakat India dijalankan oleh pedanda.
          Pedanda memulakan upacara perkahwinan dengan sembahyang memohon restu kepada Tuhan supaya perkahwinan berjalan lancar tanpa apa-apa halangan.
          Pedanda akan menyerahkan thaali kepada pengantin lelaki.
          Sebaik sahaja diarahkan oleh pedanda, pengantin lelaki akan mengikat thaali pada leher pengantin perempuan.
          Thaali hendaklah menyentuh dada dan benang suci akan disimpul sebanyak tiga kali.
          Sewaktu upacara ini berlangsung atchatai akan ditaburkan ke atas pengantin sebagai tanda restu.
          Seterusnya pengantin akan bertukar kalungan bunga yang dipakai sebanyak tiga kali.
          Pengantin lelaki akan memegang tangan pengantin perempuan dan mengelilingi api sebanyak tiga kali.


          Perkahwinan Masyarakat Cina Peranakan
          Orang-orang Cina peranakan adalah orang Malaysia yang dilahirkan di Negeri-negeri Selat iaitu negeri Melaka, Singapura dan Pulau Pinang.
          Ahli wanitanya dipanggil nyonya dan ahli lelaki dipanggil Baba.
          Adat-adat yang serupa masyarakat Melayu boleh di dapati di dalam perkahwinan mereka iaitu dari tepak sireh yang melambangkan kesucian wanita yang akan berkahwin itu.
          Adat lain termasuk ‘mas kahwin’ diserahkan kepada ibu bapa gadis itu kerana kesucian gadis itu.
          Upacara lain ialah pertukaran cincin dan hadiah, penggunaan bunga rampai dan pembakaran setanggi.
          Muzik dimainkan oleh kumpulan ronggeng, boria dan pancaragam serunai Cina.
          Upacara berlangsung selama 12 hari bagi orang-orang kaya manakala golongan biasa ialah pada hari pertama dan hari kedua belas sahaja.


          Perkahwinan Masyarakat Orang Asli
          Perkahwinan orang asli (Puak Mahmeri) mempunyai banyak persamaan dengan perkahwinan masyarakat Melayu seperti adat merisik, menghantar tanda dan meminang.
          Sehari sebelum hari perkahwinan beberapa istiadat akan diadakan seperti istiadat menepung tawar, menghalau hantu syaitan, istiadat mengasah gigi, mengandam, membuang sial, menggantung kelambu dan berinai.
          Semasa majlis perkahwinan berlangsung, beberapa adat istiadat diadakan sempena majlis tersebut iaitu menjulang pengantin; pertarungan pencak silat; mengelilingi busut; membasuh kaki; dan mandi bunga gomba.



PERAYAAN
          Hari Raya Aidil Fitri
          Merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama Islam.
          Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan.
          Sepanjang bulan Ramadan umat islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya.
          Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum 1 syawal di mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan.
          Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran.
          Umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim.
          Rumah terbuka akan diadakan bagi mempersilakan tetamu datang berkunjung.

          Tahun Baru Cina
          Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka.
          Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus , lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnya tersendiri
           
          Perayaan Deepavali
          Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu.
          Ianya dirayakan pada bulan gelap bernama ’aippasi’ pada bulan Oktober dan November.
          Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’.
          Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.


          Perayaan Gawai Dayak
          Perayaan ini disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb Jun setiap tahun.
          Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan disediakan.
          Tuak merupakan sajian utama perayaan Gawai Dayak. Perayaan Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai Gawai.




No comments:

Post a Comment