1. Pengenalan kepada kaedah penyelidikan
dalam
pendidikan
pendidikan
1.1
Tujuan penyelidikan dalam pendidikan
Menurut Gorg & Gall (1989), penyelidikan mempunyai
rasional yang tertentu ke arah menyumbang kepada pembinaan pengetahuan baru.
Menurut Weber (1993), penyelidikan dapat membantu penyelesaian masalah yang
dihadapi dalam kehidupan. Secara kesimpulan, rasional
membuat penyelidikan adalah berasaskan sebab-sebab berikut.
· Membuat
jangkaan terhadap sesuatu fenomena yang bakal berlaku (prediction).
Penyelidikan
dapat menyediakan maklumat yang penting berkaitan dengan fenomena yang
dijangkakan, coontohnya, jangkaan terhadap pencapaian pelajar dalam sesuatu
peperiksaan.
· Membuat
penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau program (Improvement)
Dapatan kajian dapat membantu individu, kumpulan atau
organisasi untuk memperbaiki program yang sedia ada dan juga sebagai asas untuk
memperbaiki kelemahan yang ada.
· Memberi
penjelasan (explanation)
Penyelidikan dapat menjelaskan fenomena yang dikaji.
· Menyediakan
deskripsi sesuatu fenomena. (Description)
Dapat menyediakan deskripsi berkaitan dengan bidang yang
dikaji dalam membantu untuk memahami fenomena yang dikaji.
Menyediakan maklumat statistik yang diperlukan oleh pihak
tertentunya. Contohnya, Policy Makers.
· Membantu
menyelesaikan masalah (Problem Solving)
Dapat membantu ke arah penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang timbul
1.2
Ciri-ciri penyelidikan dalam pendidikan
Penyelidikan sebagai pendekatan yang saintifik dalam
menghasilkan ilmu mempunyai dua ciri utama, iaitu ia dijalankan
mengikut langkah-langkah yang logikal dan mematuhi kaedah
saintifik.
(a)
Langkah-langkah logikal
· Mengenal
pasti keaslian masalah yang dikaji dan bidang pengetahuan berkaitan.
· Melakukan
tinjauan literatur untuk memahami bagaimana orang lain telah menghadapi/
menyelesaikan masalah/isu.
· Pengumpulan
data secara tersusun dan terkawal untuk memperoleh keputusan yang sah.
· Menganalisis
data yang setimpal/berkaitan dengan masalah/isu.
· Membuat
kesimpulan dan generalisasi.
(b)
Penyelidikan perlu mematuhi suatu kaedah saintifik. Ini bermakna ia dapat mengintegrasikan keterangan
induktif dan deduktif.
· Keterangan Induktif : daripada kenyataan-kenyatan
khusus kepada kenyataan umum.Seseorang penyelidik membuat pemerhatian terhadap peristiswa-peristiswa
tetentu (fakta-fakta konkrit). Setelah
penyiasatan, beliau akan membina jangkaan tertentu.
- Keterangan
Deduktif : daripada kenyataan umum kepada kenyataan-kenyataan khusus “Kalau
Encik A guru tidak terlatih, beliau tidak akan menggunakan ABM/ABPP semasa
dia mengajar”
1.3
Pendekatan inkuiri dalam penyelidikan pendidikan
a. Pendekatan
‘positivist’
· Proses
penyelidikan dilakukan secara objektif
· Menggunakan
instrumen untuk mengukur pembolehubah tertentu
· Data
dianalisis secara numerik dan juga secara statistik
· Bersifat
Kuantitatif
· Untuk
mendapatkan penjelasan
· Membuat
pembuktian atau mengesahkan
· Untuk
membuat generalisasi
b. Pendekatan
‘interpretive’
· Proses
penyelidikan yang dilakukan untuk membolehkan penyelidik memahami fenomena yang
dikaji melalui penelitian kepada subjek yang yang ada dalam fenomena itu
· Makna
dan kefahaman diperolehi melalui pentafsiran secara subjektif melalui pemerhatian, dokumen atau temubual
c. Pendekatan
‘critical’
· Mengkaji nilai-nilai yang ada dalam sesuatu masyarakat
bagi
menentukan perkara-perkara yang kurang sesuai
diamalkan
· Tugas penyelidik mengutarakan pandangan dan cadangan
untuk perubahan
1.4
Pendekatan penyelidikan di sekolah
- Pendekatan
kuantitatif
Penyelidikan
kuantitatif ialah penyelidikan yang sistematik berdasarkan nilai numerikal
atau statistik. Tujuannya ialah untuk :
· Menguji
teori
· Melihat
hubungkait angkubah
· Menerang
fenomena dari segi “sebab penyebab”
· Membuat
ramalan
· Membuat
tinjauan
2.
Pendekatan kualitatif
Satu
usaha untuk memahami sesuatu situasi itu dalam keadaannya yang tersendiri.
Bagaimana individu itu bertindak, berinteraksi, menjalani kehidupan harian
secara neutral, menunjukkan reaksi dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang
ditempuhi, Input akhirnya ialah satu hasil kajian yang memberi kefahaman yang
mendalam mengenai kehidupan sebenar responden yang dikaji (Patton, 1985).
Tujuannya ialah:
· Memerihal
sesuatu fenomena untuk tujuan memahaminya
· Meneroka
sesuatu bidang yang belum dan kurang dikaji
· Memahami
perspektif responden kajian terhadap sesuatu fenomena yang dipilih
· Memahami
sesuatu fenomena sosial secara mendalam
· Membina
teori melalui pendekatan induktif (teori yang dibina berasaskan data kajian)
- Perbezaan
Ciri-ciri Penyelidikan Kuantitatif dan Penyelidikan Kualitatif
PERKARA
|
KUANTITATIF
|
KUALITATIF
|
Istilah
yang berkaitan dengan pendekatan
|
Eksperimental
‘Hard data’
Perspektif luaran
Empirikal
Positivist
Fakta sosial
Statistik
‘Etic’
|
Etnografi (Kajian tentang sosio budaya)
Kerja lapangan
‘Soft data’
‘Symbolic Interaction’
Perspektif dalaman
‘Naturalistic’
Ethnomethodologi
Diskriptif
Pemerhatian turut serta
‘Phenomenological’
Dokumentari
Riwayat hidup
Kajian kes
Ekologikal
‘Emic’
|
Konsep
utama
|
Pemboleh ubah
Mengoperasi Definisi
Kebolehpercayaan
Hipotesis
Kesahan
Kesignifikanan
statistik
Replikasi
ramalan
|
Makna
Pemahaman sejagat
Definisi situasi
Kehidupan harian
Pemahaman
Proses
Rundingan
bertujuan praktikal
pembinaan sosial
‘Grounded Theory’
|
Gabungan
teori
|
Structural
functionalisim
Realism,
Positivism
Behavioralisme
‘Logical
Empiricm’
‘Systems
Theory’
|
‘Symbolic
Interaction’
‘Ethnomethodology’
‘Phenomenology’
Budaya
Idealisme
|
Gabungan
Akademik
|
Psikologi
Ekonomi
Sosiologi
Sains
politik
|
Sosiologi
Sejarah
Anthropologi
|
Matlamat
|
Menguji teori
Memperjelaskan fakta
Perihalan statistik
Hubungan antara pemboleh ubah
Ramalan
|
Membina
konsep
Memerihal
realiti pelbagai
‘Grounded
Theory’
Meningkatkan
pemahaman
|
Reka
bentuk
|
Berstruktur
Ditentukan lebih awal
Formal
Spesifik
Prosedur
kajian yang terperinci
|
Terbuka
kepada perubahan
Fleksibel
Umum
Membuat
tekaan terhadap cara penyelidikan
|
Penulisan
cadangan penyelidikan
|
Panjang lebar
Terperinci dan jelas fokusnya
Prosedur spesifik dan terperinci
Tinjauan bahan kajian yang mendalam
Ditulis sebelum data dipungut
Menyatakan
hipotesis
|
Ringkas
Spekulatif
Mencadangkan bidang penyelidikan yang hendak dikaji
Ditulis selepas mendapat sebahagian daripada data
Tinjauan bahan kajian tidak mendalam
Pernyataan pendekatan yang umum
|
Data
|
Kuantitatif
Koding boleh dikira
Kiraan dan ukuran
Pembolehubah
yang boleh didefinisikan
Statistik
|
Diskriptif
Dokumen peribadi
Nota kerja lapangan
Gambar
Pendapat perseorangan
Dokumen rasmi
Bahan-bahan artifak
|
Persampelan
|
Besar
Berstrata
Kumpulan kawalan
Tepat
Pemilihan secara rawak
Mengawal
pengganggu pembolehubah
|
Kecil
Tidak mewakili populasi
Persampelan teoritikal
Perposive (bertujuan)
|
Teknik
/ kaedah
|
Eksperimen
Tinjauan
Temubual berstruktur
Kuasi eksperimental
Pemerhatian
berstruktur
Set
data
|
Permerhatian
Mengkaji pelbagai dokumen dan artifak
Pemerhatian turut serta
Temubual tidak berstruktur
|
Hubungan
dengan responden
|
Jangka
pendek
Hubungan
tidak akrab
Mengekalkan
status sebagai penyelidik dan responden
|
Empati
Menekankan unsur kepercayaan
Kesamarataan
Hubungan mesra
Responden sebagai rakan
Mengutamakan keobjektifan
|
Alat
Kajian
|
Inventori
Soal selidik
Indeks
Komputer
Skala
Ujian
|
Alat
perakam suara
‘Transciber’
Penyelidik
bertindak sebagai alat kajian
|
Analisis
data
|
Deduktif
Dilaksanakan selepas pungutan data
Statistikal
|
Berterusan
Model, tema dan konsep
Induktif
Analisis
bersifat induktif
‘Constant
Comparative method’
|
Permasalahan
dalam menggunakan pendekatan
|
Mengawal
pemboleh ubah yang lain
Terlalu
rigid
Kesahan
|
Mengambil masa panjang
Kesukaran menyaring data
Kebolehpercayaan
Prosedur tidak rigid
Sukar mengkaji responden yang besar jumlahnya
|
1.5
Etika dalam penyelidikan pendidikan
a) Etika penyelidikan
Etika penyelidikan merujuk kepada peraturan-peraturan/
code atau satu set prinsip/nilai moral yang berperanan sebagai panduan dalam
menjalankan penyelidikan. Para penyelidik perlu menunujukkan perlakuan yang
mematuhi etika semasa menjalankan penyelidikan.
a) Kod
etika penyelidikan
Dalam etika penyelidikan berbeberapa elemen perlu diberi perhatian
oleh penyelidik seperti berikut:
- Mendapat
Kebenaran (informed consent)
Isu
mendapat kebenaran daripada responden untuk kajian adalah kompleks.
‘Informed
Consent’ merujuk kepada kebenaran yang diberi oleh responden setelah memahami
beberapa perkara berikut:
o Matlamat
dan tujuan kajian
o Apa
yang dikendaki oleh responden
o Semua
akibat yang mungkin timbul daripada penglibatan/ tidak dalam penyelidikan.
o Sekiranya
fokus atau sampling berubah, perundingan semula perlu dibuat
o Dalam
kes yang melibatkan responden yang kurang berupaya untuk memberi kebenaran
seperti ada penyakit mental atau kanak-kanak, cadangan kajian mesti diterangkan
dan justifikasi prosedur untuk melindungi hak responden.
- Penglibatan
(Participation)
o Bakal
responden perlu diberitahu tentang matlmat, kaedah, faedah dan masalah
yang mungkin timbul dalam kajian.
o Mereka
juga patut diberitahu setakat mana penglibatan mereka dalam penyelidikan
tersebut.
o Mereka
perlu diberitahu penarikan diri dalam kajian tidak membawa apa-apa kesan
negatif
o Mereka
boleh membuat komplain terhadap tingkahlaku penyelidik dengan mengikut prosedur
tertentu.
- Kerahsiaan
(Confidentiality)
o Cadangan dan pelan kajian
mesti menyatakan bagaimana kerahsian maklumat dijamin berkesan.
o Perlindungan
hak responden diutamakan.
o Prosedur
tidak telalu rigit yang mengongkong respondent.
o Pengkaji
mungkin boleh berkongsi maklumat dengan ahli kumpulan dalam komuniti
penyelidikan
- Anomiti
o Penyelidik mesti menjamin
anomiti kepada peserta, contohnya identiti respondent.
- Rundingan
(Negotiation)
o Rundingan
melibatkan perkara-perkara berikut:
§ Mendapat
kebenaran dari institusi
§ Mendapat
kebenaran untuk access data
§ Penggunaan
data
§ Penulisan
laporan
§ Melindungi peserta daripada masalah yang
timbul
o Bagaimanakah
prosedur rundingan yang boleh diikuti oleh Penyelidik?
§ Mendapat
kebenaran secara formal daripada pihak berkenaan untuk menjalankan kajian.
§ Memberi
rangka projek/cadangan/pelan kepada guru besar/pengetua sekiranya penyelidikan
dijalankan di sekolah.
§ Rangka/pelan/cadangan
harus menerangkan dan justifikasi prosedur yang akan diiukti untuk ‘clearing’
data ‘field’ berkait dengan peserta seperti transkrip, nota pemerhatian, bukti
dokumen dan memasukkan data ini dalam laporan akhir atau teks umum.
§ Terangkan makna anomiti dan kerahsian kepada
peserta kajian.
§ Tentukan sama ada peserta akan menerima satu
salinan laporan dan/atau draf laporan atau transkrip temubual.
§ Beritahu peserta apa yang dibuat dengan
maklumat yang diberi.
§ Sediakan satu rangka tujuan dan keadaan
kajian untuk peserta.
§ Jujur tentang tujuan kajian dan keadaan
dalam mana kajian dijalankan.
§ Perundingan
amat penting untuk menjayakan penyelidikan.
2. 1 Jenis-jenis
penyelidikan
a)
Penyelidikan asas
Penyelidikan
yang dijalankan untuk menerbitkan dapatan baru, ilmu baru atau teori baru.
Penyelidikan asas:
· Menekankan
penemuan pengetahuan semata-mata untuk pengetahuan.
· Lebih
menumpukan kajian teori-teori yang wujud dalam bidang pendidikan secara lebih
mendalam.
· Memperoleh
data empirikal yang boleh digunakan untuk mengembangkan dan menilai teori.
· Kurang berorientasikan cara-cara ke arah penyelesaian
masalah praktis
b) Penyelidikan
gunaan
· Bertujuan
untuk menyelesaikan masalah praktis yang dihadapi atau untuk menguji sesuatu
teori untuk menilai kegunaannya dalam arena pendidikan.
· Dapat
memberikan data sama ada menyokong sesuatu teori, mengubah suai, atau
mengembangkan sesuatu teori baru.
c) Penyelidikan
tindakan
Kajian
tindakan dalam pendidikan ialah kajian yang dijalankan oleh guru untuk
meningkatkan keberkesanan pengajaran (Carl Glickman, 1992)
d) Penyelidikan
penilaian
Penyelidikan penilaian ialah penyelidikan yang dilakukan
untuk menilai sesuatu program. Biasanya ia menilai kesesuaian, kecekapan,
keberkesanan dan impak sesuatu program yang telah dijalankan.
2.2 Pengenalan kepada pelbagai jenis reka bentuk
penyelidikan pendidikan
penyelidikan pendidikan
· Penyelidikan
kuantitatif
a) Kajian
eksperimental
Peserta-peserta diagihkan secara rawak (random
assignment) kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diberi rawatan kaedah
pertama. Kumpulan yang kedua diberi rawatan dengan kaedah kedua. Di akhir
kajian min prestasi kedua-dua kumpulan dibandingkan untuk mengkaji keberkesanan
kedua-dua rawatan yang telah diberikan. Andaian dibuat bahawa kumpulan-kumpulan
ini tidak mempunyai apa-apa perbezaan dalam semua aspek sebelum rawatan. .
Syarat tiada perbezaan ini ditentukan dengan cara mengawal
pembolehubah-pembolehubah kawalan
b) Kuasi-eksperimental
Peserta-peserta tidak dibahagikan secara rawak. Kedua-dua
kumpulan diasingkan menggunakan pengasingan yang sedia ada. Sebelum kajian
dijalankan kedua-dua kumpulan diberikan ujian pra. Selepas itu kumpulan pertama
menjalani rawatan dengan kaedah pertama , sementara kumpulan yang satu lagi
diberi rawatan dengan kaedah kedua. Selepas tamat kajian kedua-dua kumpulan
mengambil ujian pasca. Prestasi kedua-dua kumpulan sebelum dan selepas kajian
dibandingkan untuk menentukan perbezaan keberkesanan rawatan-rawatan yang
telah diberi.
c) Kajian
tinjauan
Kajian
tinjauan melibatkan penggunaan soal selidik atau penggunaan maklumat statistik
untuk mengumpulkan data mengenai sesuatu populasi, pemikiran atau tingkahlaku
mereka.
Statistik
deskriptif: min, mod, median, peratus, kekerapan
d) Kajian
korelasi
Menentukan
perhubungan di antara dua pembolehubah yang dapat diberikan nilai numerikal
· Penyelidikan
kualitatif
a) Kajian
etnografi
Satu
kajian yang melibatkan sekumpulan manusia untuk mengkaji sosio budaya
mereka.
b) Kajian
kes
Menurut Merriem (1998), kajian kes digunakan untuk memahami
mendalam tentang subjek yang dikaji, memokus tentang proses berbanding output,
mementingkan penemuan bukannya pengesahan sesuatu teori atau dapatan.
Melibatkan seorang individu, sekumpulan manusia, satu masyarakat, satu bilik
darjah.
c) Kajian sejarah
Mengkaji tentang sebab-sebab, kesan-kesan atau
kecenderungan dari peristiwa lepas yang mungkin boleh membantu untuk
menerangkan perkara-perkara pada masa sekarang dan peristiwa-peristiwa yang
dijangka masa akan datang.
d) Kajian
naratif
Satu
jenis kajian yang digunakan untuk memahami atau mengkaji bagaimana manusia
membina makna dalam kehidupan mereka. Ia memberi tumpuan kepada makna yang
ditafsirkan oleh manusia kesan daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam
kehidupan mereka.
3.
Prosedur penyelidikan pendidikan
3.1
Menyatakan masalah kajian
Masalah
kajian merupakan istilah yang digunakan merujuk kepada isu atau persoalan pokok
yang kita akan kaji.
3.2 Menetapkan
objektif kajian
Objektif
kajian menyatakan dengan spesifik perkara-perkara yang ingin diselidiki dalam
sesuatu penyelidikan yang dijalankan. Ia juga menggambarkan pembolehubah yang
terlibat dalam sesuatu penyelidikan.
3.3 Membentuk
soalan kajian
Soalan
kajian dibina berdasarkan objektif kajian. Soalan kajian mestilah jelas, tepat
dan berfokus. Soalan kajian membantu penyelidik memberi halatuju yang jelas
kepada proses penyelidikan dan meudahkannya menulis laporan penyelidikan
3.4 Menghasilkan
hipotesis kajian
Bagi
kajian kuantitatif hipotesis digunakan untuk menentukan samada sesuatu yang
dikaji itu benar atau salah, rawatan berjaya atau tidak dsbnya. (Kajian
Experimental, kuasi-experimental, korelasi)
3.5 Melakukan
tinjauan literatur
Tinjauan
literatur diperlukan untuk membolehkan penyelidik mengetahui senario,
perkembangan dan isu-isu yang berkaitan dengan penyelidikan yang akan
dijalankan. Ia membantu penyelidik menyatakan masalah kajian, objektif dan
persoalan kajian. Seterusnya teori-teori yang berkaitan dengan isu yang dikaji
dan dapatan-dapatan kajian yang lepas boleh membantu penyelidik membincangkan
dapatan kajiannya.
3.6 Merancang
kaedah kajian
Menentukan
instrumen, prosedur pelaksanaan kajian
3.7 Mereka
bentuk kajian
Penyelidik
perlu menentukan pendekatan kualitatif atau pendekan kuantatitaif yang akan
digunakan. Apakah jenis penyelidikan yang akan digunakan. Penyelidik juga perlu
menentukan apakah teknik pengumpulan data.
3.8 Menentukan
prosedur persampelan
Persampelan
merupakan aspek penting dalam penyelidikan. Sampel yang betul perlu dipilih
bagi sesuatu kajian supaya dapatan dari sampel boleh menggambarkan ciri
populasi atau menggambarkan sesuatu kes atau sesuatu fenomena yang dikaji
3.9 Membina
instrumen kajian
Instrumen
ialah alat untuk membolehkan penyelidik membuat pengukuran atau membuat
pengumpulan data. Instrumen yang sedia ada boleh digunakan. Jika instrumen
belum ada penyelidik perlu membina instrumen yang diperlukan
3.10 Menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian
Instrumen yang akan digunakan perlulah ditentukan
kesahannya. Terdapat beberapa kesahan yang perlu ditentukan, iaitu kesahan
kandungan, kesahan konstruk dan kesahan muka. Seterusnya kebolehpercayaan
instrumen juga perlu ditentukan. Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan
(konsistensi) alat pengukuran
3.11 Menentukan
prosedur pengumpulan data
Prosedur
pengumpulan data perlu dirancang dengan teliti supaya data yang dikumpul adalah
mencukupi, tepat dan dapat menggambarkan dengan benar persoalan, isu, fenomena
atau kes yang dikaji.
3.12 Mengumpul
data
Selepas
membentuk persoalan kajian atau hipotesis kajian, maka data perlu dikutip.
Maklumat dapat diperolehi daripada berbagai-bagai sumber. Terdapat berbagai
strategi dan teknik yang kita gunakan untuk mengumpul data-data atau maklumat
dalam penyelidikan. Apa yang penting ialah strategi dan teknik yang dipilih
mempunyai ciri-ciri kredibiliti, keobjektifan, kebolehanpercayaan, keesahan dan
kebolehan untuk generalisasi.
3.13 Menganalisis
data
Dalam
langkah ini, penyelidik menganalisis data yang telah dikumpul itu dengan
menggunakan kaedah yang paling sesuai untuk membuktikan persoalan kajian atau
hipotesis yang dibentuk dapat disokong dan dan dibuktikan kebenarannya.
Analisis secara kualitatif dan juga kuantitatif dapat dijalankan untuk menentukan
sama ada objektif kajian dicapai atau tidak.
3.14 Membincang
hasil kajian
Dapatan
kajian haruslah dibincangkan, berdasarkan perbandingan dengan teori dan dapatan
kajian-kajian yang lepas. Hasil perbincangan akan menghasilkan rumusan,
penambahbaikan,cadangan dan Implikasi penyelidikan.
3.15 Melaporkan
kajian
Setelah
data diterjemah dan dibuat kesimpulan maka penyelidik perlu menulis laporan
tentang apa yang didapati dalam kajian yang telah dilakukannya. Dalam laporan
penyelidik perlu menulis tujuan kajian, menerangkan tentang latarbelakang
kajian, objektif kajian, persoalan kajian atau hipotesis kajian,
terangkan rekabentuk kajian, cara data di analisis, penerangan tentang dapatan
kajian dan juga cadangan-cadangan yang perlu bagi menjawab masalah yang telah
dikenal pasti.
4 Penyelidikan
Tindakan
a. Definisi
dan konsep
• Kajian
yang dilakukan secara terus untuk menyelesaikan sesuatu masalah sosial
(Lewin,1946)
• Satu
pendekatan penyelidikan untuk mempertingkatkan kualiti P&P(Elliot, 1981)
• Kajian
yang sistematik ke arah usaha-usaha untuk meningkatkan amalan pendidikan oleh
golongan yang terlibat dalam pendidikan (Ebbutt, 1995)
b. Ciri-ciri
penyelidikan tindakan
• Matlamatnya
perubahan yang positif akan berlaku pada akhir penyelidikan
• Kajian
yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah sosial, masyarakat, pendidikan
• Kajian
untuk memperbaiki keadaan semasa
• Berkaitan
dengan tugasan harian
• Kajian
tindakan ialah suatu proses reflektif inkuiri refleksi kendiri
• Pengkaji
terlibat secara langsung dalam kajian
• Kajian
tindakan ditentukan oleh pengamal sendiri(practitioners)
• Kajian
tindakan dilaksanakan secara sistematik
• Ada tindakan
praktikal & intervensi (treatment)
• Data
lebih cenderung berbentuk gabungan antara kuantitatif dan kualitatif
• Satu
proses yang berulang atau berterusan (cyclical basis)
• Lebih
berfokus kepada proses berbanding output
• Tidak
digunakan untuk menguji hipotesis
c. Kepentingan
penyelidikan tindakan
· Untuk
menambahbaik pengajaran &pembelajaran
· Meningkatkan
kualiti diri sebagai pendidik
· Memperbaiki
keadaan tempat kerja
· Meningkatkan
kepuasan bekerja
· Peluang
untuk membuat perubahan ke arah peningkatan profesionalisme (hasil pengupayaan)
· Pembangunan
profesionalisme
5.0
Kajian tindakan
a. Jenis
kajian tindakan
(i) Kajian
tindakan kritikal
Kajian
tindakan yang dijalankan untuk mengubah nilai atau amalan dalam sesuatu
masyarakat atau diri sendiri.
(ii) Kajian
tindakan praktikal
Kajian
tindakan yang dilakukan secara langsung oleh untuk membaiki amalan praktikal
seperti menambahbaik amalan sendiri dalam pelaksanaan kerja, menambahbaik
amalan murid, menyelesaikan masalah, meningkatkan kualiti P&P dan
sebagainya.
b. Isu
pendidikan berkaitan kajian tindakan
i. Bagaimana
kajian tindakan dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran?
ii. Meningkatkan
kefahaman dan penglibatan gutugutu dalam penyelidikan tindakan
c. Proses
kajian tindakan:
i. Mengenal
pasti masalah berkaitan amalan
ii. Merancang
tindakan
iii. Melaksana
tindakan
iv. Mengumpul
data dan menganalisis
v. Membuat
refleksi terhadap tindakan
vi. Mengambil
tindakan susulan
vii. Merancang
kitaran kedua
Proses
kajian tindakan:
i. Mengenal
pasti masalah berkaitan amalan
Masalah yang dipilih daripada pengalaman dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Masalah yang
dipilih dalam kawalan penyelidik dan boleh diselesaikan oleh penyelidik.
Masalah boleh diselesaikan dalam jangkamasa yang ditetapkan.
ii. Merancang
tindakan
Memilih
apakah tindakan yang sesuai dengan masalah yang dihadapi. Menyediakan jadual
pelaksanaan penyelidikan, instrumen pengumpulan data, kaedah analisis data serta
menyediakan peralatan yang diperlukan. Menyediakan carta Gantt pelaksanaan
proses penyelidikan.
iii. Melaksana
tindakan
Menjalankan
penyelidikan seperti yang yang telah ditetapkan. Penyelidik sendiri yang
menjalankan penyelidikan kerana penyelidik adalah juga instrumen kajian.
Bantuan juga boleh diperolehi daripada rakan sejawat sebagai contoh membuat
rakaman video proses pengajaran dan pembelajaran, atau membuat pemerhatian
menggunakan senarai semak. Namun urusan temubual, mengumpul maklumat seperti
dokumen sokongan lain dibuat sendiri oleh penyelidik
iv. Mengumpul
data dan menganalisis
Dalam
kajian tindakan mengumpul data dan menganalisis berjalan serentak. Data atau
maklumat yang dikumpul dianalisis berterusan untuk melihat kemajuan yang
dicapai oleh subjek. Di samping itu analisis berterusan membolehkan penyelidik
menentukan kesesuaian tindakan untuk membolehkan modifikasi tindakan dibuat
atau memlaksanakan tindakan baru yang difikirkan sesuai.
v. Membuat
refleksi terhadap tindakan
Refleksi
di peringkat akhir sesuatu kitaran membolehkan penyelidik menilai kesan
tindakan atau rawatan yang telah dijalankan. Penyelidik boleh membuat tafsiran
kejayaan atas rawatan yang diberikan. Dia boleh meneruskan rawatan ke dalam
kitaran yang seterusnya sekiranya rawatan kurang berkesan dengan membuat
pengubahsuaian rawatan atau mengenalkan rawatan yang baru. Dia juga boleh menamatkan kajiannya sekiaranya dia
berpuas hati dengan pencapaian murid-muridnya.
Refleksi bukan sahaja boleh dilakukan di peringkat
akhir kitaran, refleksi boleh dilakukan juga pada mana-mana peringkat dalam
satu kitaran. Refleksi seperti ini membolehkan penyelidik mempelajari
perkara-perkara yang baru atau terus membuat penambahbaikan tanpa perlu
menunggu pada kitaran yang seterusnya.
vi. Mengambil
tindakan susulan
Tindakan
susulan dibuat selepas tamat sesuatu kajian tindakan. Ia membolehkan penyelidik
memperbaiki amalannya dan mengambil langkah perlu dalam meningkatkan kualiti
P&Pnya
vii. Merancang
kitaran kedua
Memikirkan
langkah-langkah penambahbaikan yang akan dilaksanakan dalam kitaran kedua atau
kitaran seterusnya
6.
Cadangan kajian tindakan
· Fokus
kajian / masalah kajian
· Soalan
kajian
· Sumber
literatur
· Reka
bentuk kajian
· Subjek
kajian
· Pelan
tindakan
· Strategi
pengumpulan data
· Analisis
data
· Jadual
kerja
· Perbelanjaan
· Sumber
rujukan
Cadangan kajian tindakan
i. Fokus
kajian / masalah kajian
Menetukan
isu/masalah yang ingin dikaji berdasarkan refleksi pengalaman pengajaran dan
pembelajaran yang lepas, atau masalah yang sedang dihadapi. Isu atau masalah itu samada masalah guru, masalah
murid, menambahbaik amalan guru atau amalan murid. Isu yang ingin dikaji itu
haruslah dalam kawalan guru dan mampu diselesaikan oleh guru sendiri.
ii. Soalan
kajian
Menentukan
soalan kajian yang jelas dan berfokus. Kedua-dua ciri ini membantu penyelidik
merancang tindakan yang sesuai, merekabentuk kajiannya, mencari literatur yang
sesuai dan memilih subjek kajian.
iii. Sumber
literatur
Sumber
literatur haruslah membolehkan penyelidik menulis latarbelakang kajian,
merekabentuk kajiannya dan membincangkan dapatan kajiannya. Sumber literatur
boleh diambil daripada jurnal, buku, prosiding seminar, thesis, laporan dan
sebagainya.
iv. Reka
bentuk kajian
Penyelidik
harus menentukan pendekatan yang akan digunakan samada pendekatan kualitatif,
pendekatan kualitatif atau kombinasi kedua-dua pendekatan. Seterusnya tentukan
jenis data yang diperlukan dan teknik pengumpulan data yang akan digunakan.
v. Subjek
kajian
Subjek
kajian boleh melibatkan satu bilikdarjah, sekumpulan murid atau seorang murid
atau guru sendiri sebagai subjek. Subjek yang dipilih adalah berdasarkan kaedah
persampelan bertujuan (purposeful sampling) yang mempunyai ciri yang
menepati objektif kajian.
vi. Pelan
tindakan
Perancangan
yang teliti membantu penyelidik melaksanakan kajiannya secara sistematik dan
dapat menyiapkan kajian dalam tempoh masa yang ditetapkan. Aktiviti yang akan
dijalankan, pihak yang terlibat, keperluan peralatan dan prosedur pelaksanaan
kajian disenaraikan dan dinyatakan dengan jelas
vii. Strategi
pengumpulan data
Strategi
pengumpulan data melibatkan penentuan jenis data, instrumen yang digunakan dan
teknik pengumpulan data dinyatakan dengan jelas
viii. Analisis
data
Kaedah
analisis data dinyatakan dengan jelas. Nyatakan samada menggunakan markah
mentah, gred, statistik deskriptif (data kuantitatif) atau menggunakan analisis
kandungan (data kualitatif)
ix. Jadual
kerja
Menyediakan
carta Gantt pelaksanaan kajian mengandungi aktiviti yang akan dijalankan dan
jangkaan tarikhnya
x. Perbelanjaan
Senaraikan
perincian keperluan bagi menjalankan kajian beserta kos yang diperlukan
xi. Sumber
rujukan
Sumber
literatur boleh diambil daripada jurnal, buku, prosiding seminar, thesis,
laporan dan sebagainya. Penulisan rujukan haruslah menggunakan format APA
7. Kajian Tindakan: Kaedah pengumpulan
data kajian
tindakan
tindakan
i. Temu
bual: Temu bual berstruktur, semi-struktur, tidak berstruktur
· Berstruktur - mempunyai jadual khusus, soalan disediakan
dalam urutan; digunakan dengan meluas dalam tinjauan dan kajian pasaran. Bertujuan
untuk mendapatkan maklumat asas atau untuk membuat pengesahan
· Separa-berstruktur -
soalan spesifik disediakan dan ditanyakan tetapi pencungkilan dilakukan
dengan bebas ke atas jawapan yang diberikan; sesuai untuk individu dan kumpulan
· Tidak
berstruktur – penyelidik boleh meneroka dan melakukan pencungkilan
dengan bebas; perlu ada kerangka atau senarai tema atau topik yang dikehendaki;
sesuai untuk individu atau kumpulan (kumpulan fokus); penyelidik perlu mahir
· Kumpulan
fokus
§ Apakah temu bual kumpulan fokus?
§ Temu bual diinisiasi oleh penyelidik;
selalu digunakan untuk kajian pasaran dan parti politik
§ Terletak
antara temu bual individu dengan pemerhatian kumpulan secara naturalistik
§ Selalunya
berfokuskan tema tertentu atau suatu set isu khusus
§ Perbincangan
dikawal moderator
§ Data diperoleh daripada interaksi
antara ahli kumpulan, bukan antara penyelidik dan ahli kumpulan
ii. Pemerhatian:
Pemerhati penuh, peserta sebagai pemerhati, pemerhatian penuh
Pemerhati penuh – Seorang penyelidik merupakan salah
seorang peserta yang dikaji. Peranannya sebagai penyelidik tidak diketahui oleh
peserta. Segala tingkahlaku peserta diperhatikan oleh penyelidik untuk membuat
kajian mengenai isu yang dikaji. Penyelidik boleh membuat catatan apa yang
telah diperhatikannya di masa lain apabila tidak bersama-sama dengan peserta.
Peserta sebagai pemerhati – Dalam situasi ini fungsi
penyelidik diketahui oleh peserta. Penyelidik turut serta menjalani aktiviti
bersama-sama peserta yang dikajinya. Dalam masa yang sama penyelidik membuat
catatan apa yang diperhatikannya.
Pemerhatian penuh – Penyelidik tidak langsung mempunyai
interaksi dengan peserta. Dia hanya membuat pemerhatian penuh dan membuat
catatan tingkahlaku peserta
iii. Data
berbentuk dokumentasi
Berbagai
maklumat seperti minit mesyuarat, laporan, , prosiding seminar, thesis, laporan
kertas projek penulisan ilmiah, majalah, surat khabar dan sebagainya
boleh digunakan sebagai maklumat penyelidikan.
iv. Triangulasi
data kajian
Triangulasi, iaitu membanding pelbagai jenis data
daripada pelbagai kaedah, pada masa berbeza dan, daripada sumber yang
berlainan. Triangulasi data dapat meningkatkan kesahan dan keboleh percayaan
penyelidikan tindakan.
8. Kajian Tindkan: Kaedah pengumpulan data
kajian
tindakan
tindakan
I. Senarai
semak pemerhatian
Senarai
semak mengandungi senarai item-item atau aktiviti-aktiviti yang telah
ditentukan untuk diperhatikan dalam sesuatu pemerhatian. Menggunakan senarai
semak, seseorang pemerhati boleh memberi tumpuan kepada aktiviti yang difokuskan
dan membantunya menetukan kekerapan sesuatu aktiviti berlaku.
II. Rakaman
video dan kaset
Rakaman
video boleh digunakan untuk merakamkan sesuatu fenomena atau peristiwa yang
dikaji. Sebagai contoh seorang penyelidik membuat rakaman satu sesi pengajaran
dan pembelajaran. Rakaman tersebut kemudiannya dianalisis untuk membolehkan
penyelidik membuat analisis isu yang dikajinya. Rakaman video membolehkan
seseorang penyelidik merakam semua peristiwa yang berlaku dan tiada maklumat yang
terlepas berbanding melalui bentuk pemerhatian yang lain.
III. Log
Catatan
log seperti buku log juga boleh digunakan sebagai maklumat. Perkara yang
dicatatkan dalam buku log boleh digunakan sebagai bukti penglibatan atau aktiviti
yang dilakukan oleh seseoran
IV. Nota
lapangan
Nota
lapangan merupakan penulisan yang dibuat oleh penyelidik berdasarkan apa
yang didengar, dilihat, pengalaman yang dilalui dan pemikiran yang timbul
semasa mengumpul dan membuat refleksi terhadap data. Mengandung deskripsi dan dialog yang releven tentang
latar konteks dan peserta yang dikaji. Sebagai
bukti yang membantu proses membuat analisis kajian
V. Fotograf
Gambarfoto
boleh digunakan sebagai sumber maklumat.Sesuatu peristiwa atau fenomena yang
dirakam melalui gambarfoto boleh digunakan untuk menganalisis aktiviti yang
dilakukan, memberi gambaran peristiwa yang berlaku, siapa yang terlibat atau
menjadi bukti penglibatan seseorang.
VI. Portfolio
Portfolio
mengandungi maklumat peribadi, bidang tugas, penglibatan dan hasil kerja
seseorang. Portfolio sering digunakan sebagai salah satu sumber maklumat dalam
menilai kualiti diri dan kompetensi diri seseorang dan kualiti kerja yang
dihasilkannya
VII. Borang
catatan temu bual
Borang
catatan temubual digunakan sebagai ganti temubual yang tidak direkodkan. Catatan temubual mengandungi perkara-perkara penting
yang ditekodkan semasa temubual dijalankan
VIII. Slid
Slid
boleh digunakan untuk menggambarkan turutan sesuatu proses atau sesuatu
peristiwa.
IX. Laporan
jurnal
Laporan
yang ditulis tentang sesuatu pengalaman atau peristiwa yang dilalui oleh
seseorang untuk melakukan refleksi supaya seseorang mendapat pembelajaran
daripada pengalaman yang dilalui.
X. Diari
Catatan
peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seseorang yang ditulis setiap
hari. Diari boleh
digunakan sebagai data aktiviti atau peristiwa yang berlaku pada seseorang
individu.
9. Pertimbangan semasa mengumpul data kajian tindakan
9.1
Kesahan dan kebolehpercayaan data
9.1.1
Keesahan:
Keesahan
bermaksud kebenaran yang dapat menggambarkan fenomena sosial sebenar
seperti yang dimaksudkan (Hammerslay 1990:57)
Kesahan
kajian tindakan dapat ditingkatkan melalui:
(a) Kritikan
luaran (keaslian data)
Pendapar
pakar diperlukan untuk memberi pandangan kepada dapatan. Pengesahan dan
pandangan yang diberikan oleh pakar akan meningkatkan kesahan dapatan..
(b) Kritikan
dalaman (ketepatan data)
Dapatan
atau hasil kajian dientangkan kepada rakan sejawat atau orang yang pernah
menjalankan kajian yang sama. Pandangan atau pengesahan yang diberikan akan
meningkatkan kesahan dapatan.
(c) Triangulasi data
Membanding
pelbagai jenis data daripada pelbagai kaedah, pada masa berbeza dan, daripada sumber yang
berlainan
9.1.2
Kebolehpercayaan:
Kebolehpercayaan
merujuk kepada ketekalan data yang disepakati oleh beberapa penyelidik yang
sama atau penyelidik lain, sama ada dalam situasi yang sama atau yang berbeza
(Hammerslay 1992a:67)
Kebolehpercayaan
data kajian tindakan dapat ditingkatkan antaranya melalui:
· Penulisan
nota lapangan yang sistematik
· Ujian
rintis temu bual
· Pembentangan
hasil laporan untuk interpretasi semula
· Penglibatan
yang lama dengan tempat kajian
· Pemerhatian
yang berterusan dalam satu tempoh masa tertentu.
9.2 Etika
kajian tindakan
Dalam etika penyelidikan tindakan berbeberapa elemen
perlu diberi perhatian oleh penyelidik seperti berikut:
I. Mendapat
Kebenaran (informed consent)
II. Penglibatan
(Participation)
III. Kerahsiaan
(Confidentiality)
IV. Anomiti
(keselamatan)
- Penyelidik mesti
menjamin anomiti kepada peserta, contohnya identiti respondent.
V. Rundingan
(Negotiation). Rundingan melibatkan perkara-perkara berikut:
§ Mendapat
kebenaran dari institusi
§ Mendapat
kebenaran untuk access data
§ Penggunaan
data
§ Penulisan
laporan
§ Melindungi peserta daripada masalah yang
timbul
9.3 Keupayaan data kajian
digeneralisasi
Dapatan kajian tindakan tidak boleh dibuat
generalisasi. Ini adalah kerana sesuat kajian tindakan adalah unik untuk sesutu
kelompok manusia, seseorang individu atau sebuah bilik darjah. Walaubagaimana
pun untuk membuat generalisasi perkara-perkara berikut harus dilakukan:
· Kajian
diulang semula d tempat lain. Di samping itu, data yang dikumpul mestilah tepat
dan penerangan yang dibuat adalah terperinci. Jika dapatan adalah tekal
maka generalisasi boleh dibuat
Analisis data kajian tindakan
10.
Data kualitatif
Data
kualitatif dianalisis menggunakan pendekatan analisis kandungan. Analisis
kandungan melibatkan proses mengkod data, mengkategori data, menyusun data
dalam grid analisis dan mengenalpasti tema/pola dan makna.
Analisis
kandungan melibatkan tiga peringkat utama, iaitu aksial coding, selective
coding danpembentukaaan tema. Pada peringkat aksial coding
maklumat yang mewakili ciri tertentu dikodkan kepada kod-kod tertentu. Kod-kod
kemudiannya dikelompokkan ke dalam kategori-kategori tertentu.
Kategori-kategori kemudiannya dikelompokkan ke dalam tema-tema tertentu
11. Data
kuantitatif
Data kajian tindakan dianalisis menggunakan statistik
deskriptif iaitu frekuensi, peratusan, min, mod, median dan sisihan piawai.
Latihan
(i) Carikan min bagi set markah berikut
43, 34, 86, 71, 76 dan 94
43 + 34 + 86 + 71 + 76 + 94
Min
= ------------------------------------ = 67.3
6
(ii) Carikan mod bagi set markah berikut
34, 43, 92, 76, 88, 76, 86, 94
Mod ialah skor yang mempunyai kekerapan tertinggi iaitu 76
(iii) Carikan median bagi set data berikut:
Median ialah penengah taburan markah
(a) 3.1, 2.7, 4.7,
2.9, 3.4, 4.1, 3.7, 4.3, 4.7
2.7,
2.9, 3.1, 3.4, 3.7, 4.1, 4.3, 4.7, 4.7
Median ialah 3.7
(b) 3.1, 2.7, 4.7,
2.9, 3.4, 4.1, 3.7, 4.3, 4.7, 4.8
2.7, 2.9, 3.1, 3.4, 3.7, 4.1, 4.3, 4.7, 4.7, 4.8
3.7 + 4.1
Median = ------------ = 3.9
2
(iv) Carikan sisihan piawai
bagi set markah berikut
44, 50, 38, 96, 42,
47, 40, 39, 46, 50
44
+ 50 + 38 + 96 + 42 + 47 + 40 + 39 + 46 + 50
Min
= x
---------------------------------------------------------------- = 49.2
10
x
|
x – x
|
(x
– x)²
|
44
|
44-49.2
= -5.2
|
27.04
|
50
|
50-49.2
= 0.8
|
0.64
|
38
|
38-49.2
= -11.2
|
125.44
|
96
|
96-49.2
= 46.8
|
2190.24
|
42
|
42-49.2
= -7.2
|
51.84
|
47
|
47-49.2
= -.2.2
|
4.84
|
40
|
40-49.2
=-9.2
|
17.64
|
39
|
39-49.2
= -10.2
|
104.04
|
46
|
46-49.2
=-3.2
|
0.64
|
50
|
50-49.2
=0.8
|
27.04
|
∑
|
2522.36
|
SP = ∑( x – x)2
n-1
SP = 2522.36
10-1
SP = 2522.36
9
= 16.74
12. Menghuraikan
data kajian tindakan
· Mengintegrasikan
data dengan pengalaman personal
· Menghubungkaitkan
data dengan literature
· Merumus
dan membincang hasil kajian
Ketika
membahaskan dapatan kajian seseorang penyelidik haruslah mengaitkan dapatan
kajian dengan pengalamannya. Dia perlu membuat perbandingan dapatan dengan
amalannya untuk membuat penambahbaikan kepada amalannya, amalan muridnya untuk
meningkatkan lagi keberkesanan P&P. Seseorang penyelidik juga perlu
membandingkan dengan teori dan dapatan kajian-kajian lepas untuk menyemak
samada dapatan kajian selari dengan teori dan kajian lepas atau bertentangan
untuk membolehkannya membuat perbincangan dan merumuskan dapatan kajiannya.
Seseorang penyelidik harus mampu menyatakan implikasi kajiannya kepada dunia
pedidikan dan boleh memberi cadangan untuk kajian yang seterusnya dan
mencadangkan penambahbaikan kepada pendidik lain.
13.
Format Penulisan Laporan Kajian Tindakan
· Latar
belakang kajian
· Fokus
kajian / mengenal pasti masalah kajian
· Sumber
literatur
· Pelan
tindakan
· Strategi
pengumpulan data
· Analisis
data
· Refleksi
· Langkah
seterusnya
· Sumber
rujukan
I. Latar
belakang kajian
Memberi
penerangan tentang scenario, isu-isu dan perkembangan yang berkaitan dengan
penyelidikan yang akan dijalankan. Di bahagian ini juga penyelidik perlu
menyatakan justifikasi dan rasional mengapa kajian perlu dijalankan. Di samping
itu penyelidik juga harus menerangkan kepentingan kajian yang akan dijalankan.
II. Fokus
kajian / mengenal pasti masalah kajian
Memberi penerangan tentang isu atau masalah yang dikaji,
bagaimana isu itu ditemui. Dalam bahagian ini penyelidik juga perlu menerangkan
dengan jelas masalah yang dikaji, menganalisis masalah dengan mendalam sehingga
boleh mencadangkan tindakan yang paling sesuai untuk menangani masalah
tersebut. Salah satu faktor yang mempengaruhi kejayaan tindakan yang diambil
ialah apabila penyelidik dapat mentafsir masalah dengan tepat, mengenali punca
dan mengaitkannya dengan pengalaman yang lepas. Kesemua perkara ini haruslah
dilaporkan dalam bahagian ini.
III. Sumber
literatur
Dalam bahagian ini penyelidik harus menulis dan
merumuskan bahan-bahan literatur yang berkaitan dengan teori dan dapatan
kajian-kajian yang lepas. Bahan-bahan sumber literatur harus ditulis semula
dalam ayat sendiri dalam subtopik yang selari dengan objektif kajian. Melalui
pendekatan ini penyelidik akan dapat menulis sumber literatur dengan baik dan
releven dengan dapatan kajian yang akan dibahaskan.
IV. Pelan
tindakan
Dalam bahagian ini penyelidik haruslah membincangkan
dengan terperinci langkah-langkah yang dirancang ketika melaksanakan tindakan.
Antara pekara yang perlu diterangkan ialah perincian tindakan yang diambil,
prosedur menjalankan tindakan, data yang perlu dikumpul dan instrumen yang
digunakan dalam pengumpulan data.
V. Strategi pengumpulan data
Dalam
bahagian ini penyelidik haruslah menerangkan dengan jelas kaedah, teknik dan
strategi yang telah digunakan dalam pengumpulan data.
VI. Analisis
data
Dalam
bahagian ini penyelidik harus memaparkan data yang dikumpul dalam dalam bentuk
jadual, carta, graf dan sebaginya. Penyelidik perlu menerangkan jenis analisis
data yang telah digunakan samada penggunaan statistic deskriptif atau
pendekatan analisis kandungan. Seterusnya keputusan analisis data diterangkan
dengan jelas dan dirumuskan. Kesimpulan dibuat terhadap objektif penyelidikan
samada ianya tercapai atau tidak.
VII. Refleksi
Dalam
bahagian ini penyelidik membuat refleksi kepada keputusan penyelidikannya dan
apa yang dipelajari daripada pengalaman menjalankan penyelidikan. Di bahagian
ini penyelidik harus mengaitkan dapatan kajian dengan tindakan yang telah
diambil dalam aspek kekuatan dan kelemahan tindakan. Di samping itu penyelidik
juga harus membincangkan usaha-usaha penambahbaikan terhadap amalannya dalam
pengajaran dan pembelajaran.
VIII. Langkah
seterusnya
Dalam
bahagian ini penyelidik perlu menerangkan apakah usaha yang akan dilakukan
seterusnya berdasarkan dapatan kajiannya. Apakah tindakan akan diteruskan dalam
kitaran seterusnya dengan penambahbaikan atau dia perlu mengenalkan tindakan
baru atau menamatkan tindakan sekiranya masalah telah dapat diatasi. Seterusnya
penyelidik perlu menerangkan implikasi dapatan kajiannya dan memberi cadangan
penyelidikan yang seterusnya yang perlu dijalankan.
IX. Sumber
rujukan
Dalam bahagian ini penyelidik menyenaraikan senarai
rujukan yang telah digunakan dalam penyelidikannya. Format rujukan APA
digunakan sebagai tatacara penulisan rujukan yang standard.
14. Format Penulisan artikel/makalah kajian tindakan
I. Abstrak
Abstrak
ialah intipati yang menyatakan dengan ringkas keseluruhan kajian. Ia meliputi
tujuan kajian dijalankan, subjek yang terlibat, tindakan yang diambil,
instrumen yang digunakan, pelilihan subjek, analisis data yang digunakan,
dapatan penyelidikan, implikasi kajian dan cadangan untuk penyelidikan yang
seterusnya. Abstrak mestilah ditulis dengan ringkas dan padat. Abstrak harus
ditulis dalam satu perenggan sahaja. Abstrak yang baik dapat memberi maklumat
kepada pembaca untuk memahami kajian yang telah dijalankan, proses-proses penyelidikan
dan dapatan kajian serta implikasi kajian.
II. Konteks
Dalam
bahagian ini penulis menerangkan konteks bagi penyelidikannya. Dia harus
menerangkan latarbelakang sekolah dan latarbelakang subjek. Penerangan yang
jelas kepada aspek-aspek tersebut akan memberi kefahaman kepada pembaca tentang
persekitaran kehidupan subjek. Melalui cara ini pembaca akan dapat lebih
menghayati pelaporan kajian tindakan yang dilaporkan dalam bentuk penulisan
ilmiah yang dibacanya.
III. Fokus
kajian
IV. Pelan
tindakan
V. Pelaksanaan
pelan tindakan
VI. Strategi
pengumpulan data
VII. Analisis
dan penemuan
VIII. Refleksi
dan implikasi
IX. Tindakan
susulan
15.
Penyebaran hasil kajian tindakan
- Seminar
- Penerbitan
- Rangkaian
kajian tindakan (on-line networks)
terbaik
ReplyDelete