Friday, 4 October 2013

::PERKEMBANGAN KESENIAN::

PERKEMBANGAN KESENIAN
  • Bermula dari tingkat kesenian yang paling sederhana.
  • Berkembang mengikuti perubahan zaman dan berdasarkan kurun waktu.
  • Di bidang seni rupa - sejak zaman prasejarah hingga sekarang.
  • Karya seni yang dapat dikelompokkan :-
      • Seni primitif.
      • Seni klasik.
      • Seni tradisional.
      • Seni moden.
      • Seni kontemporari.

  • Seni Primitif
    • Berkembang pada zaman prasejarah.
    • Tahap kehidupan manusia sangat sederhana dan merupakan ciri utama sehingga manusianya disebut orang primitif.
    • Di bidang kesenian - karya seni yang dihasilkan sangat sederhana, namun memiliki nilai tinggi sebagai ungkapan ekspresi mereka.
    • Peninggalan karya seni yang dihasilkan
      • lukisan binatang buruan.
      • lukisan cap-cap tangan.
      • hiasan-hiasan pada alat-alat perburuan.
    • Karya seni yang dihasilkan merupakan ekspresi perasaan mereka terhadap dunia misterius atau alam ghaib.
    • Ciri-ciri lain dari seni premitif
      • Garisannya spontan.   
      • Tanpa perspektif.
      • Warna-warnanya terbatas.

—  Seni Klasik
◦       Kesenian klasik merupakan puncak perkembangan kesenian.
◦       Kriteria-kriteria seni klasik :
–   Kesenian yang telah mencapai puncak (tidak dapat berkembang lagi).
–   Merupakan standarisasi dari zaman sebelum dan sesudahnya.
–   Telah berusia lebih dari setengah abad.
◦       Karya-karya seni klasik dijumpai
–   Bangunan-bangunan kuno Nusantara pada zaman Hindu-Budha
–   Bangunan-bangunan kuno di Yunani dan Romawi.

—  Seni Tradisional
◦       Tradisi ertinya turun temurun atau kebiasaan.
◦       Seni tradisional bererti suatu kesenian yang dihasilkan secara turun-temurun.
◦       Seni tradisi bersifat statis, tidak ada unsur kreatif sebagai ciptaan baru.
◦       Contohnya
–   Lukisan gaya Kamasan Klungkung.        
–   Seni wayang kulit.
–   Seni batik.
–   Seni tenunan. 





—  Seni Moden
◦       Seni moden merupakan kesenian yang menghasilkan karya-karya baru.
◦       Seni moden tidak terikat oleh ruang dan waktu.
◦       Contoh karya-karya seni moden
–   Lukisan karya Van Gogh.
–   Patung karya G. Sidharta.

—  Seni Kontemperori
◦       Kontemperori bererti sekarang atau masa kini.
◦       Karya-karya seni kontemperori muncul di Eropah dan Amerika.
◦       Kini, seni kontemporer telah berkembang di negara yang memiliki gagasan yang unik.

—  FUNGSI KESENIAN
◦       Meningkatkan nilai-nilai baik dan murni.
◦       Pengantar komunikasi rasa yang merata.
◦       Menilai tingkat peradaban manusia.
◦       Pengikat rasa masyarakat.
◦       Penglipur lara.
◦       Menunjang martabat bangsa.
◦       Memancarkan daya intelektual.





—  JENIS KESENIAN
◦       Seni :
–   halus, tipis, enak didengar, karya yang diciptakan dengan bakat.
◦       Kesenian :
–   Perihal seni yang berkaitan dengan seni dan keindahan.
◦       Kesenian atau seni boleh dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu :
–   Seni Suara
–   Seni Gerak
–   Seni Rupa
–   Permainan Tradisional

◦       Seni Suara
–   Dalam seni suara kesenian Melayu dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
—  Seni vokal.
—  Seni muzik.
—  Seni Gerak
–   Seni gerak mengandungi segala gerakan tubuh badan yang mempunyai unsur – unsur keindahan.
–   Seni gerak orang melayu dapat dibahagikan kepada dua :
—  Seni tari.
—  Seni drama.
◦       Seni Rupa
–   Seni rupa merupakan ciptaan yang mengandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang Melayu.
–   Jenis-jenis seni rupa :
—  Seni ukir.
—  Seni kraftangan.
—  Seni tembikar.
—  Seni anyaman.
—  Tekatan.
—  Seni tenunan.
—  Seni batik.
—  Seni tembaga.
—  Seni bina.

◦       Permainan Rakyat
–   Dikenali  sebagai pemainan masa lapang atau sukan rakyat termasuk dalam kategori "folk games".
–   Fungsi permainan rakyat :
—  Sebagai alat hiburan
—  Sebagai alat komunikasi di kalangan anggota masyarakat.
–   Permainan masa lapang  terbahagi dua:
—  Permainan untuk orang dewasa
—  Permainan untuk kanak-kanak.




No comments:

Post a Comment