AKTIVITI LITERASI BAHASA
Takrifan literasi (celik huruf atau kenal huruf) biasanya memaksudkan
keupayaan membaca dan menulis, atau keupayaan menggunakan bahasa untuk membaca,
menulis, mendengar, dan bertutur.
Dalam konteks yang lebih tepat, literasi bermaksud
mampu membaca dan menulis di tahap yang memadai untuk berkomunikasi
Prabacaan
Membaca memerlukan
satu tahap pemikiran yang tinggi serta komunikasi mesej atau sebutan makna.
Oleh itu, membaca merupakan satu proses kognitif iaitu berfikir melalui bahan
bercetak. Membaca boleh ditakrifkan sebagai satu perlakuan mendapatkan maklumat
melalui lambang-lambang bertulis atau bercetak.
Prabacaan
merupakan tahap penyediaan murid-murid untuk membaca. Guru perlulah menyediakan
pengalaman bahasa , iaitu mengenal dan juga mengecam huruf. Murid perlu
didedahkan dengan aktiviti yang boleh mendorong mereka dalam mempertingkatkan
lagi ketajaman penglihatan dan pendengaran. Ia perlu bagi membentuk kelaziman
membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan juga dari atas ke bawah.
Kaedah Pengajaran Prabacaan
Terdapat beberapa
kaedah pengajaran prabacaan yang biasa dilakukan. Antaranya ialah :
a)
Kaedah abjad
b)
Kaedah pandang dan sebut
c)
Kaedah fonik
Kaedah Abjad
Kaedah abjad
merupakan satu kaedah pengajaran untuk mengenal nama-nama huruf yang digunakan
dalam tulisan iaitu a,b,c hinggalah z. Pada peringkat permulaan, guru-guru akan
mengajar murid-murid untuk menghafal nama-nama huruf ini mengikut aturan dari a
hingga z. Bagi memudahkan lagi sesi pengajaran abjad-abjad ini, guru bolehlah
menggunakan alat bantu mengajar seperti lagu-laguan yang telah digubah liriknya
kepada huruf-huruf.
Apabila murid-murid telah berjaya
menguasai abjad-abjad tersebut, barulah guru boleh mengajar mereka membina suku
kata seperti “ba - tu”, “ka - ki” dan sebagainya dan diikuti pula dengan
mengeja perkataan-perkataan. Selepas itu, guru-guru bolehlah memberi latihan
membaca ayat-ayat pendek kepada murid-murid.
Kaedah Pandang dan Sebut
Kaedah pandang dan
sebut merupakan satu kaedah yang memerlukan murid-murid untuk melihat sesuatu
benda dan kemudiannya menyebut nama benda itu. Kaedah ini dikenali sebagai
“Kaedah Seluruh Perkataan”. Untuk melaksanakan kaedah ini, guru-guru bolehlah
menggunakan kad imbasan dengan pelbagai gambar serta ditulis nama benda
tersebut pada kad imbasan itu. Contohnya seperti batu, kasut, kayu, rumah, baju
dan sebagainya.
Perkataan-perkataan
yang telah ditulis itu difikirkan lebih bermakna berbanding dengan
pecahan-pecahan tiap-tiap hurufnya. Kad-kad imbasan tersebut akan ditunjukkan
berulang-ulang kali sehinggalah murid-murid dapat menegcam bentuk dan bunyi
huruf perkataan itu.
Oleh yang demikian, murid-murid akan
dapat mengecam benda sekaligus dengan bentuk perkataan dan juga bunyi perkataan
sesuatu benda itu. Jadi, dalam kaedah ini, murid-murid akan cuba untuk mengenal
lambang-lambang itu supaya mereka dapat membaca dengan lancar. Untuk itu,
mereka perlu mengenal beberapa puluh lambang-lambang untuk membolehkan mereka
membaca. Selepas itu, barulah guru akan mengajar mereka untuk mengeja tiap-tiap
perkataan dan juga mengenal nama-nama huruf.
Kaedah Fonik
Kaedah fonik
merupakan satu kaedah dimana murid-murid diajar untuk mengenal bunyi-bunyi
huruf. Pada asasnya, kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid melihat
hubungan diantara simbol (huruf) dan juga bunyi ( grapheme phoneme
relationship) agar mereka boleh membunyikan perkataan yang baru mereka kenali.
Murid-murid diajar untuk membunyikan huruf-huruf tersebut. Contohnya huruf ‘a’
bunyinya ‘aa..’, ‘b’ dibunyikan ‘beh..’ dan seterusnya.
Selepas mereka tahu hubungan
tiap-tiap huruf dengan bunyinya, barulah suku kata akan dibina. Contohnya,
‘ma’, ‘tu’, ‘ba’, ’ju’ dan sebagainya. Kemudian, suku-suku kata akan
digabungkan menjadi perkataan seperti ‘baju’, ‘batu’, ‘kata’ dan sebagainya.
Sebagai pengukuhan, murid-murid akan diberi latihan untuk membaca ayat-ayat
yang menggunakan perkataan ini.
PEMULIHAN MEMBACA
Saringan dan diagnosis.
Beberapa cara dapat digunakan untuk membuat tindakan saringan dan diagnosis untuk mengesan dan menentukan kelemahan membaca. Cara-cara ini adalah seperti berikut :
Saringan dan diagnosis.
Beberapa cara dapat digunakan untuk membuat tindakan saringan dan diagnosis untuk mengesan dan menentukan kelemahan membaca. Cara-cara ini adalah seperti berikut :
a) memerhatikan murid yang sedang
membaca.
b) menilai jawapan mereka dari soal
selidik guru.
c) menggunakan buku bacaan yang telah
dikelaskan.
d) mengkaji pergerakan mata murid
ketika membaca.
e) memberi ujian tara.
f) memberi ujian yang direka oleh guru.
g) memilih murid untuk pengajaran
pemulihan (atau tambahan).
Sebagai
panduan, biasanya lebih daripada satu cara digunakan untuk mengesan dan menentukan
kelemahan membaca.
1.Memerhatikan murid yang sedang membaca.
-Cara-cara mengesan murid yang mempunyai masalah membaca ialah dengan memerhatikan murid yang membuat perkara berikut :
1.Memerhatikan murid yang sedang membaca.
-Cara-cara mengesan murid yang mempunyai masalah membaca ialah dengan memerhatikan murid yang membuat perkara berikut :
a)
Membaca
sesuatu muka surat terlalu lama, iaitu murid tersebut tidak menukar muka surat
yang dibaca dengan kadar sepatutnya.
b)
Menggerakkan
bibir ketika membaca yang sepatutnya tidak perlu.
c)
Menggunakan
jari atau pensil sebagai petunjuk ketika membaca sesuatu barisan.
d)
Menggerakkan
kepala (dan bukan mata) ketika membaca.
e)
Tidak
duduk senang, selalu bergerak-gerak dan melihat keluar ketika membaca.
f)
Perbuatan
atau tabiat diatas mungkin menunjukkan bahawa bahan bacaan yang sedang dibaca
oleh murid tidak sesuai, atau tidak diminatinya. Walaupun demikian, perkara
seperti diatas dikaji dengan teliti oleh guru untuk menetukan perkaitan antara
tabiat tersebut dengan sesuatu kelemahan membaca.
g)
2.
Menilai jawapan dari soal selidik mengenai tabiat membaca.
-Guru boleh menyediakan dan memberikan soal selidik mengenai tabiat membaca kepada murid.
-Guru boleh menyediakan dan memberikan soal selidik mengenai tabiat membaca kepada murid.
h) -Jawapan-jawapan dari soal selidik
ini dapat digunakan oleh guru untuk mengesan sesuatu masalah khusus dengan
lebih lanjut. Tujuan dan matlamat sesuatu rancangan membaca ialah agar murid
mempunyai tabiat membaca, dan terus membaca serta ia akan dapat kepuasan dari
membaca.
i) -Berikut diturunkan satu contoh soal
selidik yang dapat digunakan oleh guru.
Nama murid : ……………………. Tarikh : ………………………..
1.
Apa yang anda buat jika anda tidak berada di sekolah?
2.
Adakah anda suka membaca majalah dan buku?
3.
Apakah jenis buku yang anda suka baca?
a) Riwayat
hidup
b) Pengembaraan
c) Cerita
binatang
d) Dongeng
e) Berita
4.
Namakan buku-buku yang telah anda baca pada tahun lalu dan
tandakan
buku yang anda suka.
5.
Dari manakah anda dapat buku untuk dibaca?
6.
Majalah apakah yang selalu anda baca? Mengapa?
7.
Kerja sekolah jenis apa yang anda suka?
8.
Apakah cita-cita anda apabila dewasa?
Contoh soal selidik
mengenai tabiat membaca murid-murid.
3. Menggunakan buku yang telah
dikelaskan
-Jika ada buku yang telah dikelaskan mengikut darjah, maka murid yang disyaki mempunyai kelemahan membaca boleh disuruh membaca buku tersebut. Kemudian kefahaman murid boleh diuji dengan memberinya soalan-soalan berkaitan dengan perkara yang telah dibacanya. Cara ini harus dapat dibuat untuk beberapa peringkat, atau kelas bahan bacaan hinggakan murid tersebut benar-benar dapat membaca pantas dan faham bahan bacaan yang dibacanya. Biasanya, berbagai-bagai jenis bahan bacaan dikemukakan kepada murid tersebut, kerana bahan sains mungkin menimbulkan kerumitan, manakala bahan sejarah mungkin didapati lebih senang.
-Jika ada buku yang telah dikelaskan mengikut darjah, maka murid yang disyaki mempunyai kelemahan membaca boleh disuruh membaca buku tersebut. Kemudian kefahaman murid boleh diuji dengan memberinya soalan-soalan berkaitan dengan perkara yang telah dibacanya. Cara ini harus dapat dibuat untuk beberapa peringkat, atau kelas bahan bacaan hinggakan murid tersebut benar-benar dapat membaca pantas dan faham bahan bacaan yang dibacanya. Biasanya, berbagai-bagai jenis bahan bacaan dikemukakan kepada murid tersebut, kerana bahan sains mungkin menimbulkan kerumitan, manakala bahan sejarah mungkin didapati lebih senang.
4. Mengkaji pergerakan mata ketika murid membaca. Pakar-pakar psikologi telah mengkaji pergerakan mata ketika membaca. Dari kajian mereka, beberapa maklumat telah diperolehi. Antaranya adalah seperti berikut :
a. Ketika proses membaca, mata pembaca
bergerak dalam satu siri lompatan di satu barisan tulisan.
CONTOH
AKTIVITI PEMULIHAN MEMBACA
1)
Aktiviti:Sebut
Nama Huruf Mengikut Melodi
Prosedur
pelaksanaan:
1. Guru
menunjukkan kad imbasan huruf besar dan huruf kecil
2. Murid
menyebut huruf yang ditunjukkan oleh guru.
3. Guru
memperdengarkan lagu “Huruf Besar Dan Huruf Kecil”
4. Murid
menyanyi lagu “Huruf Besar Dan Huruf Kecil” sambil menyebut huruf yang
ditunjukkan oleh guru.
2) Aktiviti: Mengeja Satu Dan Dua Suku Kata
Mengikut Melodi
Prosedur pelaksanaan:
1. Murid
menyebut sukukata KVKV yang terdapat dalam senikata lagu.
Contoh :Saya Suka Hati,kaki ,jari
2. Guru
memberi penerangan dan tunjukkan cara cara menepuk detik meter.
3. Murid
menepuk detik secara berulang-ulang
4. Murid
bermain kastenet mengikut detik sambil menyebut suku kata KVKV seperti saya
suka hati,jari , kaki
3) Aktiviti: Mengeja Perkataan Berdasarkan
Gambar
Elemen
Bahasa: Suku Kata KVKV
Prosedur
Pelaksanaan.
1. Guru
menunjukkan gambar yang mempunyai suku kata KVKV
2. Guru
mengeja dan menyebut suku kata KVKV di hadapan murid.
3. Murid
mengikut suku kata yang disebut oleh guru.
4. Murid
mengeja dan menyebut suku kata KVKV tanpa bimbingan guru.
4) Aktiviti: Bermain
Dengan Huruf Secara Lokomotor Dan Bukan Lokomotor
Prosedur
pelaksanaan:
1. Murid-murid
ditunjukkan gambar mengenai anggota tubuh badan
2. Setelah
itu,murid dikehendaki menyusun huruf
yang membentuk perkataan bagi anggota tubuh badan.
3. Murid
mengeja dan menyebut perkataan tersebut.
5) Aktiviti Permainan Mengeja
Prosedur
pelaksanaan:
1. Murid
dibahagikan kepada 4 kumpulan
2. Seorang
murid dalam setiap kumpulan akan diberi kad ayat yang mengandungi ayat lengkap
atau maklumat .
3. Murid
berkenaan akan beraksi mengikut maklumat kad yang dibaca.
4.
Murid lain akan menyebut perkataan dan
membina ayat yang tepat berdasarkan pemerhatian tadi.
Pratulisan
Tulisan
merupakan lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk
grafik untuk melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Manakala menulis pula
merupakan proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun
bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta boleh dijadikan alat
komunikasi.
Pratulisan merupakan satu peringkat awal
yang perlu di lalui oleh kanak-kanak
agar ereka boleh melahirkan lambang-lambang bunyi khusu yang arbitrari ataupun
boleh diterima oleh masyarakat.
Pada peringkat awal, kanak-kanak
akan membuat contengan diatas permukaan benda-benda sedia ada yang ada di
sekeliling mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesa.
Contohnya seperti menggunakan kayu diatas permukaan tanah. Melalui cara ini
dapat melatih otot tangan, jari serta koordinasi mata dan tangan.Pada peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas
hingga keperingkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi
kanak-kanak mendapatkan latihan otot, tangan, jari serta kordinasi mata tangan.
Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan
perkara-perkara berikut:
1. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan
jari melalui aktiviti seperti menggunting, mengoyak, menganyam, menampal,
menguli tepung dan lain- lain.
2. Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat
tulis, cara duduk dan sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan
selesa.
3. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri
ke kanan, dari atas ke bawah dan lain-lain.
4. Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.
4. Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.
Aktiviti-aktiviti Latihan Pratulisan
Terdapat beberapa latihan pratulisan yang boleh
dilakukan oleh guru-guru iaitu :
a) Melaksanakan
aktiviti menulis dari kiri ke kanan.
b) Melaksanakan
aktiviti membuat corak, menyambung titik, memadankan bentuk dan lain-lain.
c) Melaksanakan
aktiviti membentuk huruf
d) Melaksanakan
aktiviti melukis gambar
Salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis dalam kalangan
muri-murid. Kebolehan menulis diperlukan bagi semua mata pelajaran di sekolah.
Guru sangat hebat dalam mengenal pasti kenal tulisan buruk, dan selalunya mereka akan marah
kerana terpaksa memeriksa beratus-ratus halaman buku dalam setahun yang menyukarkarkan mereka untuk
membaca.
Pelbagai
cara telah dikemukakan untuk mengesan atau membuat saringan mengenai kebolehan
menulis. Cara yang paling mudah adlah dengan melihat tulisan-tulisan murid yang
sedia ada dalam buku latihan, atau ringkasan. Walau bagaimanapun, cara ini
kurang memuaskan kerana terdapat murid yang mempunyai tulisan yang memuaskan jika diberi masa yang cukup, dan
murid itu juga mungkin tidak dapat menulis dengan jelas jika masa ini dihadkan.
Berikut merupakan cara yang boleh digunakan oleh guru untuk mengesan, atau membuat saringan mengenai kebolehan menulis dalam kalangan murid-murid dalam bilik darjah.
1. Membuat
ayat atau perenggan biasa boleh digunakan, asalkan mematuhi dua syarat berikut:
a)
Tidak
mengandungi perkataan yang akan menghentikan murid menulis kerana kerumitan
mengeja.
b)
Mempunyai
isi kandungan yang dalam pengalaman dan dapat difahami oleh murid.
2.
Setelah murid membaca ayat yang diberikan beberapa kali dan setelah mereka kenal
semua kandungannya, maka guru boleh memberitahu murid supaya menulis ayat
tersebut sebanyak lima kali dengan tulisan yang terbaik dan masa yang diberikan
adalah tidak dihadkan.
3.
Setelah semua murid selesai menulis, guru boleh menyuruh mereka menulis ayat
yang sama seberapa banyak yang mereka boleh dalam jangka masa tiga minit. Setelah tiga minit, guru akan
menyuruh mereka berhenti menulis dan mengutip tulisan tersebut untuk disemak.
4. Semasa menilai tulisan-tulisan tersebut, guru harus
memerhatikan perkara-perkara berikut:
a) Kualiti tulisan dalam ujian yang
tidak menghadkan masa.
b) Kaitan kualiti antara tulisan dalam
ujian yang tidak dihadkan masa dan ujian yang menghadkan masa.
c) Kadar penulisan dalam ujian yang
masanya terhad dikira seperti berikut: Jumlah perkataan dibahagi dengan masa.
5. Setelah ujian ini selesai,
murid-murid berikut perlulah mengikuti latihan pemulihan tulisan.
a) Murid yang tulisannya terlalu buruk
dan tidak dapat dibaca dalam ujian yang dihadkan masanya.
b) Murid yang tulisannya sukar dibaca
dalam ujian yang tidak dihadkan masa.
c) Murid yang kadar penulisannya
terlalu lambat.
d) Murid yang tulisannya terlalu
condong ke kiri, atau tulisannya yang terlalu besar, atau terlalu kecil untuk dibaca
dengan mudah.
Penggunaan
Skel Tulisan
Cara mengesan
murid yang tulisannya sukar dibaca seperti ini biasanya memadai untuk dijalankan
dalam situasi bilik darjah. Antara cara lain adalah dengan menggunakan Skel
Tulisan yang telah disediakan dengan contoh-contoh tulisan bersama dengan
kualiti mutunya. Skel-skel ini disediakan berdasarkan kajian yang luas, dan
daripada kajian inilah satu skel purata
disediakan yang dapat dikaitkan dengan tahap murid.
Dengan
menggunakan Skel Tulisan ini, sesuatu tahap dapat dibandingkan dengannya. Contoh-contoh
skel ini ialah:
a) ‘Thorndike Scale for Handwriting'
b) `Ayres Measuring Scale for Handwriting
(Gettysburg Edition) ‘
c) `American Handwriting Scale'
d) 'Minneapolis Handwriting Scale'
Walau
bagaimanapun, skel-skel ini hanya merupakan alat untuk mengesan (atau saringan) dan tidak dapat
menentukan kelemahan seperti yang dibuat dalam diagnosis.
Setelah
murid yang memerlukan pengajaran pemulihan dalam penulisan dikesan, maka guru dapat
membuat diagnosis atau menentukan jenis-jenis kelemahan murid tersebut. Cara
yang mudah untuk melaksanakan proses diagnosis ini adalah dengan membaca tulisan murid, dan menandakan
semua huruf yang tidak mudah dibaca, atau yang memerlukan penelitian kali
kedua.
Guru
hendaklah menyediakan jadual senarai murid-murid dan catatkan kelemahan setiap
murid. Perkara ini mudah untuk dibuat dengan menggunakan Carta 'The Pressey
Chart for Diagnosis of Illegibilities in Handwriting'. Carta ini boleh
disediakan berdasarkan penyelidikan tulisan murid yang menunjukkan
berbagai-bagai jenis tulisan dan bentuk tulisan yang tidak dapat dibaca.
Dari penyelidikan Pressey, untuk menyediakan cartanya itu, beberapa huruf
didapatinya sering menimbulkan kerumitan. Contohnya huruf kecil r ,n, e, a ,o , s dan t.
menyebabkan kesilapan menulis lebih kerap
berlaku .Huruf yang paling menimbulkan kerumitan ialah r, diikuti
dengan huruf n. Kesilapan yang sering berlaku
ialah menulis r seperti i, n seperti u, menutup e, membuat d seperti cl,
o seperti
a
dan a
seperti u. Huruf besar biasanya mudah dibaca,
kecuali huruf L Oleh sebab yang
demikian ,tujuh huruf kecil dan satu huruf besar ini menyebabkan tulisan yang
susah dibaca, adalah munasabah jika pengajaran pemulihan dalam penulisan
diarahkan kepada menulis bentuk-bentuk huruf ini dengan betul. Teknik seperti
ini telah menghasilkan tulisan yang memuaskan di kalangan murid sekolah rendah.
Cara-Cara Mengatasi Masalah Tulisan
Guru
perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam
peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan asas. Penerangan, tunjuk cara
serta contoh-contoh yang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan
tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah. Guru
adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-cara
guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan
teliti dan betul.
Kad-kad tulisan
dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan oleh guru dengan
sempurna. Banyakkan latihan dan berikan bantuan individu kepada murid-murid
yang mengalami masalah dalam menulis. Guru juga perlu membuat pertimbangan bagi
menentukan waktu yang sesuai bagi seseorang
kanak-kanak itu agar tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam
sewaktu aktiviti menulis.
Kaedah Pengajaran Pemulihan Tulisan Dan
Penilaiannya
Pengajaran
pemulihan tulisan bagi murid-murid sekolah rendah adalah berdasarkan pengajaran
tulisan yang betul dan kukuh. Bahasa bertulis memerlukan perhubungan dengan
bahasa dalam diri penulis, atau dalam fikirannya. Namun,menghubungkan bahasa
lisan dengan bahasa fikiran adalah amat sukar. Oleh sebab ini, maka usaha
pengajaran permulaan dalam penulisan biasanya amatlah susah walaupun murid
tersebut tiada kesusahan untuk membentuk
huruf. Seperti pengajaran bahasa juga, penulisan adalah lebih mudah dipelajari
ketika murid masih lagi kanak-kanak kecil , seperti pada umur empat tahun
setengah.
Langkah-Langkah Penggunaan Pensil
Atau Krayon.
Latihan
permulaan untuk kanak-kanak kecil ini haruslah menggunakan pensil, atau krayon.
Langkah-langkah untuk mengajar memegang pensil, atau krayon adalah seperti
berikut:
1)
Murid disuruh memegang pensil dengan semua
jari mengelilingi pensil tersebut. Kemudian, murid diberitahu supaya
membayangkan bahawa mereka sedang mengacau kuih. Mereka patut mengacau dari
kanan ke kiri dalam besen yang bulat, dan seluruh anggota tangan harus dihayun;
bukanlah setakat tapak tangan sahaja.
2) Apabila murid telah mahir membuat
pergerakan bulat ini, murid ditunjukkan bagaimana tiga jari harus berada di
sebelah belakang pensil. pensil harus dipegang dengan ibu jari dan jari
telunjuk.
3)
Murid
disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu jari dan jari
telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan senang dan
selesa.
4)
Kemudian,
murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir dengan mata pensil
dan disuruh melatihkan kawalan jari di kedudukan ini.
5)
Setelah
itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta, jari
telunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (jari hantu) di
kedudukan yang betul.
AKTIVITI
PEMULIHAN TULISAN
Elemen Bahasa :Cantuman Perkataan
Contoh Aktiviti :Garisan
Prosedur pelaksanaan:
1. Sediakan
kertas bercetak yang mengandungi hiasan dan suku kata suku kata putus-putus.
2. Murid
mencantumkan suku kata yang disediakan bagi membentuk perkataan.
3. Tampalkan
perkataan yang telah dibentuk pada kertas yang bercetak.
4. Murid
mewarnakan perkataan dengan menggunakan pensel warna /krayon
Elemen Bahasa:Suku Kata KV
Contoh Aktiviti:Kolaj
Prosedur Pelaksanaan:
1. Murid
menghasilkan pelbagai jenis garisan dengan bimbingan guru.
2. Guru
mengedarkan kad yang bercetak huruf kepada murid.
Contoh huruf:
·
a e i o u
·
k l
b d p
3. Murid
membuat kolaj huruf mengikut kreativiti sendiri.
4. Guru
mengedarkan gambar kepada murid.
5. Murid
menamakan objek tersebut secara lisan
6. Murid
menggabungkan hasil kolaj untuk menghasilkan suku kata berdasarkan gambar yang
diberi.
Contoh:
Gambar
kaki
|
|
|
|