SOALAN TUGASAN
Anda dikehendaki mengaji dan mendapatkan maklumat
berkaitan perkara-perkara berikut:
- i. Definisi Laras Bahasa
- ii. Ciri-ciri Laras Bahasa
- iii. Jenis-jenis Laras Bahasa berserta contoh petikan
Definisi Laras Bahasa
Umumnya dapat diterangkan sebagai
cara penggunaan sesuatu bahasa. Asmah
Hj.Omar (1984), berpendapat bahawa laras
bahasa ialah khusus dalam penggunaan
bahasa menurut bidang penggunaannya.
Laras bahasa boleh didefinisikan
sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa.
Sesuatu laras bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Laras bahasa
biasanya berubah-ubah mengikut situasi. Ciri-ciri laras yang penting ialah perbendaharaan
kata, susunan ayat dan frasa yang digunakan. Sesuatu laras tertentu
digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu. Daripada suatu segi, dapat
dikatakan bahawa dengan memilih laras yang tidak sama untuk situasi-situasi
yang berlainan, anggota masyarakat dapat menunjukkan bahawa mereka sedar akan
situasi-situasi sosial yang berlainan yang wujud di sekitar mereka.
Ure dan Ellis (1977) menganggap laras
sebagai ‘jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi-situasi yang
berlainan’.
Sementara Hill dalam satu makalahnya Institutional Linguistics(1958)
mengesorkan klasifikasi laras mengikut matra gaya, genre, dan cara iaitu style,
genre, dan mode. Joos pula (1962) melihat laras bahasa dari dimensi formaliti
telah menegaskan gaya dengan membahagikan dengan lima jenis bahagian iaitu beku,
formal, rundingan, selamba, dan intim dalam tulisannya The Five Clocks.
Halliday (1968) pula mendefinisikan laras
bahasa sebagai variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi. Beliau melihat
laras dari tiga dimensi iaitu :-
§
tajuk
wacana
§
cara
penyampaian
§
gaya
penyampaian.
Tiga Dimensi Laras (Halliday)
|
|
Tajuk wacana
|
Merujuk
kepada bidang yang diperkatakan seperti biologi, perubatan, sukan,
pendidikan, matematik dan sebagainya.
Bidang-bidang
ini menentukan kosa kata dan istilah serta jenis ayat dan ragam ayat yang
digunakan.
Jika
wacana merupakan wacana ilmiah, maka ragam ayat pasif banyak digunakan untuk
memberikn fokus kepada perkara yang dibincangkan.
Sebaliknya,
jika wacana merupakan ulasan selari perlawanan bola sepak , ragam ayat aktif
dengan ayat tunggal yang pendek-pendek banyak digunakan supaya sesuai dengan
tempo perlawanan bola sepak berkenaan.
|
Cara
penyampaian
|
Sama ada
wacana berkenaan disampaiakn secara lisan atau tulisan.
Jika
lisan, sama ada ia merupakan wacana syarahan atau ucapan, perbahasan dan
khutbah atau doa.
Jika
tulisan sama ada ia esei, laporan, surat rasmi atau surat peribadi,
memorandum atau iklan.
|
Gaya
penyampaian
|
Mengimbangi
sama ada suatu ucapan berkenaan disampaikan dalam situasi formal atau tak
formal.
Misalnya,
ucapan, adakah ucapan itu disampaiakn dalam majlis yang formal yang dihadiri
oleh orang-orang kenamaan atau dif-dif.
|
Laras bahasa merupakan satu konvensi
sosial. Sesuatu laras tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi
tertentu. Seseorang pengguna bahasa menggunakan laras yang berbeza-beza bagi
situasi yang berlainan, mengikut kesesuaiannya. Pilihan laras amat luas,
misalnya laras apabila bercakap dengan rakan sepejabat tentang hal-hal
pekerjaan; laras dengan majikan; laras dalam suasana rumah tangga, misalnya
antara suami isteri, dengan anak-anak, dengan mertua dan dengan sanak saudara;
laras sewaktu menulis laporan atau minit mesyuarat; dan laras sewaktu
tawar-menawar di pasar. Jumlah laras seseorang itu menggambarkan keseluruhan
pengalaman bahasanya dan peranan yang dimainkan olehnya dalam masyarakat.
Ciri-ciri Laras Bahasa
Ferguson (1968) sewaktu membincangkan
ciri-ciri bahasa yang telah maju, mengatakan bahawa salah satu ukuran untuk
menentukan taraf kemajuan ialah menerusi jumlah laras yang wujud dalam bahasa
berkenaan.
Laras bahasa dapat digolongkan kepada dua
golongan besar, iaitu laras biasa dan laras khusus.
Laras biasa
ialah laras khusus yang digunakan untuk masyarakat umum seperti bidang hiburan
(laporan sukan, berita sukan), pengetahuan dan penerangan (syarahan, rencana),
maklumat dan pemujukan (rencana, iklan).
Ø Tidak melibatkan bidang tertentu, mudah difahami, tiada istilah
teknikal, kurang kata pinjaman.
Ø Gaya ayat sederhana, ringkas dan padat.
Ø Struktur ayat mudah, contohnya: Di larang memijak rumput.
Laras bahasa biasa terbahagi kepada
formal dan tak formal.
Laras
Bahasa Biasa
|
|
Formal/Rasmi
|
Tak Formal
|
Digunakan dalam majlis rasmi,
surat kiriman dan sebagainya.
|
Berlaku proses pengguguran dalam
ayat-ayat yang diucapkan sama ada pengguguran subjek, predikat, objek.
|
Laras khusus
pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau
peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku).
Pembeza utama yang membezakan antara laras
biasa dengan laras khusus ialah:
v kosa
kata
v tatabahasa
v gaya
Perbezaan antara laras bahasa biasa dan laras
bahasa khusus :
Golongan
laras
|
Bidang
|
Situasi
|
Contoh
Bahan
|
Biasa
|
Hiburan
Pengetahuan
Maklumat
Upacara/.Majlis
|
Khalayak Umum
|
Berita, laporan. iklan, surat
peribadi
Ucapan
syarahan
Acara majlis
umum
Doa, khutbah
|
Khusus
|
Doa-khutbah
Teknikal
Ilmiah
|
Khalayak Umum
|
Acara majlis rasmi
Rencana,
ekonomi, undang-unang, fizik, kimia, dan lain-lain.
Tesis,
rencana matematik, biologi, Fizik, Kimiz, Lukisan Kejuruteraan dan
sebagainya.
|
ASPEK AYAT
Ayat
Aktif dan Ayat Pasif.
Dari
segi makna tidak ada perbezaan yang ketara antara ayat berbentuk aktif dengan
ayat pasif. Perbezaannya cuma terletak pada penekanan yang diberikan.
Contohnya:
1. Pemburu itu telah menembak rusa jantan.
Dalam
ayat tersebut yang diberi penekanan ialah subjek ayat, iaitu pemburu itu.
Jikalau ayat ini dipasifkan objek asal iaitu rusa jantan dikedepankan dan
diberikan penekanan.
a: Rusa jantan telah ditembak oleh
pemburu itu.
Manakala
apabila frasa yang menyatakan objek pelaku dianggap tidak penting langsung dan
digugurkan iaitu frasa pemburu itu.
b: Rusa jantan telah ditembak.
Dalam
ketiga-tiga ayat ini, susunan subjek dan predikatnya dan unsur penguguran
bahagian tertentu membawa penekanan yang berbeza kepada laras.
Aspek
keformalan bahasa juga dapat dilihat melalui pilihan antara ayat aktif dengan
ayat pasif. Ayat pasif biasanya digunakan dalam laporan. Contohnya:
Kajian
itu telah dijalankan selama enam
bulan. Salah satu dapatan kajian itu adalah bahawa gejala itu tidak dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.
Selain
itu, bagi menunjukkan dengan lebih jelas penekanan yang berbeza yang dihasikan
melalui susunan ayat ialah:
a) Mereka
ke Melaka minggu lalu
b) Minggu
lalu mereka ke Melaka
c) Ke
Melaka mereka minggu lalu
Ayat Pendek dan Ayat Panjang
Kepanjangan
ayat juga merupakan satu ciri linguistik yang membezakan laras. Ayat dibawah memperlihatkan susunan
ayat majmuk gabungan yang terdiri daripada rentetan ayat-ayat tunggal pendek. Contohnya:
Kata sahibul hikayat, maka
tersebutlah perkataan Kampar, Maharaja Jaya nama rajanya, Pekan Tua nama
negerinya, asalnya daripada Raja Minangkabau; tiada ia menyembah ke Melaka.
Manakala
ayat-ayat panjang yang menjadi kegemaran sebahagian penulis pada masa kini. Contohnya:
Kerajaaan disarankan
menubuhkan Kelab Perpaduan di semua sekolah tahun depan, dalam usaha merapatkan
hubungan antara pelbagai kaum di kalangan pelajar yang bakal menjadi pemimpin
Negara.
(Berita
Harian, 26 Disember 2000)
Dalam
contoh ini, binaan ayat agak panjang yang terdiri daripada ayat induk dengan
pelbagai bentuk perluasan disamping ayat kecil.
Manakala
contoh kedua terdiri daripada ayat majmuk yang berbentuk ayat majmuk gabungan
dan ayat majmuk pancangan relatif dan keterangan. Contohnya:
Dasar Ekonomi Baru
yang diperkenalkan oleh kerajaan dengan matlamat untuk menyusun semula
masyarakat dan membasmi kemiskinan serta meningkatkan penglibatan bumiputera
dalam bidang perniagaan masih belum dapat dicapai sepenuhnya.
Jenis-jenis Laras Bahasa Berserta
Contoh
.
1.Laras Biasa
Laras ini merupakan penggunaan bahas
yang tidak membabitkan sebarang bidang ilmu atau konteks khusus. Ia biasanya
digunakan dalam perbualan seharian. Oleh itu, laras biasa tidak mengandungi
istilah atau pola yang khusus.
Contoh : Hai Mat ! Nak ke mana
tu? Tak singgah dulu?
2.Laras
Bahasa Perniagaan
v Biasanya
digunakan dalam dunia korporat, khususnya bidang
perusahaan,
perindustrian, perakaunan, perbankan, perniagaan dan
perdagangan.
Contoh:
Bank
Simpanan Nasional (BSN) mencatatkan prestasi di luar
jangkaan apabila mengaut
keuntungan sebelum cukai bagi
setengah tahun pertama, lebih
RM70 juta dan mengatasi
keuntungan sebanyak RM
47.754 juta bagi tahun lalu
v Laras
jenis ini kebiasaanya digunakan untuk mengiklankan jenama barangan yang ingin dijual. Gaya
bahasa yang digunakan biasanya memujuk pendengar supaya membeli barangan menerusi
cara penyampaian yang menarik sekali.
v Ayat yang digunakan pendek-pendek
dan tidak gramatis.
v Mempengaruhi
penguna untuk membentuk tanggapan tertentu , atau mengubah sikap dan melakukan
tindakan.
v Digunakan
dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong pula oleh gambar,
lukisan, grafik, ilustrasi dansebagainya.
v Iklan
dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:
(a) Slogan: Kami Ada Cara
(b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk
Dijual/Disewa
(c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan
Tilam Jenama Y
(D) Perisytiharan: Waja dengan
Aksesori Lengkap
(e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma
Satu
(f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah
Pelanggan.
(g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa
dan Tahan Lama
(h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah
Beramai-ramai
(i) Pertanyaan: Sakit Pinggang?
Sapulah Dengan Minyak Angin Z.
3.Laras
Bahasa Akademik
Laras akademik boleh dibahagikan
kepada beberapa bahagian berdasarkan bidang ilmu yang diperkatakan. Antaranaya laras sains, laras ekonomi, laras sastera
dan sebagainya. Laras ini kemudiannya terbahagi pula kepada beberapa sub-bidang
yang terdapat dalam sesuatu bidang akademik. Misalnya, dalam bidang sains,
terdapat laras kimia, biologi dan fizik.
Dalam bidang akademik, laras yang
digunakan mudah dikesan dengan kehadiran istilah-istilah teknikal dan khusus
yang berkaitan dengan bidang berkenaan.
Contoh dalam bidang
ekonomi :
Perubahan dalam pola guna tenaga
merupakan gejala yang umum dalam proses pembangunan ekonomi. Lebihan buruh
daripada sektor pertanian yang mempunyai daya pengeluaran marginal yang rendah
semakin ramai diserap ke dalam sektor industri yang mempunyai daya pengeluaran
yang tinggi.
Contoh laras sains dalam bidang biologi : Sel-sel
kelenjar kolon merembeskan mukus yang berfungsi dalam melicinkan pergerakan
kandungan kolon ke arah rektum. Tidak terdapat enzim yang dirembeskan di
bahagian kolon. Cecair yang dirembeskan bersifat alkali.
Contoh laras bahasa sains dalam bidang geokimia
: Sejauh mana pencarian OH atau H20 pada permukaan bergantung pada
pH, seperti yang ditunjukkan dalam rajah 8.11 dan seperti yang diramalkan
daripada persamaan 8.21.
4.Laras
Bahasa Undang-Undang
Merupakan salah satu daripada laras
ilmiah yang terdapat dalam bahasa Melayu sejak zaman dahulu lagi. Bagaimanapun,
pada hari ini, laras undang-undang lebih bersifat moden dan banyak menggunakan
istilah teknikal.
Contoh : Defenden membantah
pada awal prosiding kerana tidak bersetuju dengan cadangan plainitif untuk
mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak relevan dengan perbicaraan berkenaan.
Contoh:
Barangsiapa yang:-
a)memberikan kepadanya dirinya sendiri @ menyiksa
mana-mana orang lain bertentangan dengan peruntukan seksyen 14 dengan
memberikan kepadanya dadah berbahaya yang ditetapkan di bahagian 3 dan 4 dari
jadual pertama atau
b) dijumpai berada di
mana-mana premis yang telah di khaskan atau di gunakan untuk mana-mana tujuan
seperti yang telah di tetapkan dalam seksyen 13 supaya mana-mana dadah
berbahaya tersebut boleh diberikan atau atu di hisap atau dengan kaedah lain
olehnya adalah bersalah atas suatu kesalahan terahdap akta ini dan jika
disabitkan hendaklah di denda tidak lebih dari lima ribu ringgit atau di
kenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada
2 tahun.
5.Laras
bahasa media
Laras media massa kurang mementingkan gaya
atau nahu, khususnya penggunaan imbuhan dan kata hubung.
Berita
sebagai satu wacana mempunyai struktur teks yang tersendiri, lain daripada
struktur teks cereka, dan lain pula daripada struktur teks esei dan karya
ilmiah.
Wartawan
atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu menurut cara
yang paling mudah diterima sesuai dengan selera sebilangan besar pembaca
akhbar.
Tiga
ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baik ialah:
o
Pertama
- bahasa yang digunakan mudah.
o
Kedua
- gaya tulisan yang jelas dan
o
Ketiga
- isi tulisan mestilah tepat. Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang ramai,
maka bahasa akhbar haruslah sesuai dengan bahasa kegunaan orang ramai.
Bahasa yang digunakan bersahaja dan bersifat
melaporkan sesuatu peristiwa yang berlaku. Bahasanya juga ringkas dan
mengandungi berita yang maksimum untuk dipaparkan kepada pembaca dan penonton
Contoh : Perak menjuarai
kejohanan bola sepak Piala Malaysia 1998 selepas menewaskan Terengganu dengan
jaringan tipis 1-0 di Stadium Nasional malam tadi.
Ayat
yang panjang, mengandungi beberapa klausa, menggunakan petikan, metafora,
kiasan, istilah teknik, dan sebagainya haruslah dielakkan.
6.Laras
Bahasa Sastera
Memperlihatkan
gaya bahasa yang menarik dan kreatif.
Bahasanya
boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.
Beberapa
ciri bahasa sastera:
a
kreatif dan imaginatif: kabur mesej
b.
mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata
c.
puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasadan sebagainya.
d.
menggunakan bahasa tersirat: perlambangan, kiasan, perbandingan, peribahasa,
metafora, simile, personifikasi, ilusi, ambiguiti dan sebagainya.
e.
terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.
Contoh : Apabila berbicara
mengenai kesusasteraan, kita sebenarnya akan membincangkan beberapa aspek
seperti tema, kronologi, mesej yang ingin disampaikan, watak dan perwatakan
unsur termasuk personifikasi dan metafora.
Contoh novel : Perkarangan tempat menunggu di Unit Kecemasan Hospital
Universiti Kebangsaan Malaysia kelihatan lengang. Qasdina yang sudah hampir 15
minit tiba, sekadar menyepikan diri di deretan bangku-bangku kosong yang
terdapat di situ. Air matanya sudah lama kering. Penantiannya bagaikan tiada
jawapan.
7.Laras
Bahasa Agama
Mengandungi
istilah agama daripada bahasa Arab
Struktur
ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab
Diselitkan
dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.
Contoh (doa) : Wahai Tuhan kami,kami meminta daripada Engkau kesejahteraan dalam
agama, kesihatan tubuh badan, keberkatan rezeki, keampunan sebelum mati, rahmat
pada kala mati, dan keampunan selepas
mati. Wahai Tuhan kami, senangkanlah kami waktu menghadapi kematian dan
lepaskan kami dari neraka dan anugerahi kami kemaafan pada waktu perkiraan.
8.Laras Bahasa
Sukan
Berkaitan
dengan aktiviti-aktiviti dan kegiatan sukan.
Contoh : Sistem liga merupakan satu-satunya format
pertandingan yang paling digemari oleh pihak penganjur dan para peserta dalam
permainan sukan berpasukan. Dalam sistem ini setiap pasukan akan bertemu seberapa
banyak yang mungkin dengan pasukan yang lain bergantung kepada bilangan ahli
kumpulan masing-masing.
9.Laras
Bahasa Sains Komputer
Mengandungi
istilah-istilah berkaitan dengan peranti komputer dan siber.
Contoh : Aktiviti penyelenggaraan komputer peribadi
(PC) sering dianggap remeh, kerana sifatnya yang agak membosankan meskipun
aktiviti ini penting. Seperti perkakasan, senggaraan secara berterusan juga
perlu untuk perisian ,sisitem operasi
(OS), program dan data.
PENUTUP
Laras
bahasa merupakan suatu yang amat penting dalam kehidupan seharian kita. Jumlah
laras sesuatu bahasa mencerminkan keadaan bahasa itu menjadi ukuran maju
mundurnya sesuatu bangsa. Sebagai contoh perbandingan jumlah bahasa Melayu
sebelum dan selepas merdeka, sudah dapat membuktikan bahawa bahasa Melayu telah
mengalami perkembangan yang pesat. Bidang pengungkapan bahasa Melayu bertambah
dengan banyaknya yang dahulunya diperkatakan dalam bahasa-bahasa lain khususnya
bahasa Inggeris. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi
Negara dan juga bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi.
Oleh itu, penutur bahasa Melayu haruslah mengenali
laras-laras bahasa Melayu. Malah hendaklah tahu membezakan antara laras
tersebut, ciri-ciri utama laras tertentu, terutama laras formal dan juga laras
tidak formal. Maka, sudah tentu tidak mengalami masalah menggunakan laras
sesuai dengan situasi. Ini amat penting bagi yang amat visible dari segi
penggunaan bahasa seperti pemimipin yang terlibat dalam saluran media
elektronik. Oleh itu amat penting bagi golongan ini menggunakan laras yang
sesuai dalam bentuk yang sempurna.
Sebahagian laras merupakan laras baharu, oleh itu
laras-laras itu haruslah dipelajari sebagai suatu kemahiran. Hal ini menghairankan
banyak pihak terutamanya orang Melayu itu sendiri. Sesetengah orang Melayu
berpendapat bahawa mereka tidak perlu lagi belajar perkara seperti ini. Laras bahasa Melayu moden, terutama laras
formal dan rasmi merupakan laras khusus yang tidak menjadi sebahagian kehidupan
rasmi. Bahasa yang digunakan adalah bahasa tidak formal.
Supaya masyarakat
benar-benar menguasai bahasa kebangsaan mereka sendiri, pembelajaran laras
bahasa dalam bahasa Melayu haruslah dimulakan di bangku sekolah bukannya baru di
institut pengajian tinggi.
1. Kursus
Komprehensif Fajar Bakti, BAHASA MELAYU STPM (Kertas 1 &2 ), Nik Safiah
Karim dan Norliza Jamaluddin. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 2002.
2. Rohaniza Idris dan Nurul Farina Nazlan, m/s
26, Berita Harian, Ahad, 24.08.2008.
3. http
: www. Tutor.com.my/ stpm / laras bahasa. Htm
4. longman
Teks PRA-U STPM Bahasa Melayu Kertas 1, Goay Teck Chong, Choo Say Tee,
Zainuddin Ahmad, PEARSON LONGMAN, 2007.
5. Mohd
Roji Abdullah, m/s 23, Berita Harian, 24 ogos 2008
Boleh saya tau nama blogger ni
ReplyDeleteCheQ
DeleteThank you
ReplyDeleteTQ TUAN
ReplyDeleteBLOG YANG TUAN AMAT BERGUNA \KPD PELAJAR ...SY HARAP ADA BANYAK LAGI ILMU YG DICURAHKAN!!!
ReplyDeleteTq boss
ReplyDelete